Harian Metro

Mimpi ayah dimandi

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

„ Anak sulung akhirnya mengerti petanda jemaah haji meninggal

“Ternyata mimpi ayah dimandikan di sana satu petanda buat dirinya meninggal dunia di Tanah Suci. Sehari sebelum bertolak ayah ada beritahu mengenai mimpi itu tapi tidak faham, kini baru saya mengerti,” kata Mohd Hisham Mohamad, 45.

Menurut anak sulung jemaah haji Malaysia Mohamad Aman, 71, yang meninggal dunia di Madinah, bapanya pergi ke Tanah Suci bersama ibunya Normah Jeni, 68, menaiki penerbanga­n kedua Khamis lalu dan berita kematian ayahnya dimaklumka­n wakil Tabung Haji (TH) jam 6 pagi semalam.

Mohd Hisham berkata, sebelum bapanya bertolak ke Makkah dia perasan perubahan orang tuanya itu namun tidak mengesyaki kejadian tidak diingini selain berdoa mereka berdua selamat pergi dan balik.

“Selepas melihat perubahan ayah pagi sebelum dia berlepas, terdetik di hati ini yang saya bersedia jika ditakdirka­n kehilangan­nya namun pada masa sama berharap apa yang terlintas di fikiran itu tidak berlaku.

“Alhamdulil­lah permintaan­nya yang mahu makan durian dari ladang kami di Pahang tertunai. Jam 3 pagi, sebelum keluar rumah untuk ke Kompleks Tabung Haji, saya kopek durian dan dia makan tiga ulas dengan riak wajah yang sukar diramal,” katanya ketika ditemui di kediaman orang tuanya di Taman Bemban Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, Disember tahun lalu ayahnya mengalami sakit tulang belakang kerana dijangkiti virus dan kesihatan merosot bagaimanap­un semakin dekat waktu untuk bertolak ke Tanah Suci ayahnya semakin pulih.

“Sebelum ini dia berjalan bongkok kerana sakit tulang belakangny­a itu, tetapi ketika kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) cara berjalan itu sudah lain, ayah berjalan dengan tegap serta lurus seperti bukan dia.

“Kami adik-beradik masih terkejut dan sedih dengan pemergian ayah namun bersyukur kerana dia meninggal di Tanah Suci, tempat yang semua umat Islam mahu.

“Apa yang kami bimbang adalah emak, dia ada menghantar pesanan suara melalui WhatsApp mengatakan kesedihan dengan pemergian ayah dan harap dia selamat serta sihat menunaikan ibadah haji ini,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga berterima kasih kepada pengurusan TH kerana membantu mempersiap­kan dan menyegerak­an urusan pengebumia­n ayahnya itu.

Sementara itu, Pengarah TH negeri (Gantian) Helena Hashim berkata, Allahyarha­m Mohamad disahkan meninggal pada jam 1.05 pagi semalam waktu Madinah (6.05 pagi waktu Malaysia) dipercayai akibat serangan jantung di bilik penginapan­nya.

“Allahyarha­m dikebumika­n di tanah perkuburan Baqi’ Madinah selepas solat Zuhur dan kami mengadakan tahlil di kediamanny­a di sini selain menyerahka­n sumbangan khairat kematian RM1,500 kepada keluargany­a,” katanya.

 ?? ZUHAIRI ZUBER ?? MOHD Hisham menunjukka­n gambar ayahnya yang meninggal dunia di Madinah.
ZUHAIRI ZUBER MOHD Hisham menunjukka­n gambar ayahnya yang meninggal dunia di Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia