Harian Metro

‘Hati tenang tiada unsur syubhah’

-

Alor Setar: Pertukaran simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) daripada kaedah konvension­al kepada patuh syariah yang bermula semalam disambut baik terutama dalam kalangan pencarum Islam berikutan mampu mengelak isu syubhah.

Tinjauan Harian Metro di pejabat KWSP negeri di Jalan Sultan Badlishah di sini, semalam mendapati hampir 1,000 pencarum hadir membuat pertukaran berkenaan setakat jam 4 petang.

Pegawai bank Zafree Othman, 49, berkata, dia sudah lama menunggu untuk menukar simpananny­a kepada kaedah patuh syariah kerana diperakui Jawatankua­sa Penasihat Syariah.

Menurutnya, sebelum ini pencarum tidak mempunyai pilihan selain kaedah konvension­al yang disediakan, tetapi kini boleh bertukar kepada pilihan lebih baik sekali gus mengelakka­n unsur syubhah.

“Sekurang-kurangnya ia membuatkan hati lebih tenang kerana bebas unsur syubhah dan riba. Selain itu, ia juga memudahkan kami menguruska­n potongan zakat mengikut kadar ditetapkan negeri masing-masing.

“Matlamat pertukaran daripada kaedah konvension­al kepada patuh syariah selaras keinginan masyarakat Islam yang kini mencari kaedah simpanan kewangan mengikut Islam,” katanya, semalam.

Kakitangan swasta Ibrahim Pakeri, 52, berkata, dia juga teruja menukar simpananny­a kepada kaedah simpanan patuh syariah kerana lebih terjamin berbanding simpanan konvension­al terutama membabitka­n unsur yang tidak dapat dipastikan.

“Proses pertukaran simpanan KWSP berjalan cepat dan teratur kerana hanya mengambil masa kurang dua minit,” katanya.

Ketua KWSP Kedah/Perlis R Anbanathan Rajandren berkata, pihaknya membuat persiapan awal bagi menunggu kehadiran pencarum dan proses pertukaran mengambil masa singkat sekitar dua minit.

Menurutnya, pencarum diberikan nombor khas serta tidak perlu beratur, sebaliknya terus ke kaunter pertukaran simpanan disediakan.

“Pencarum diberi penerangan selain beberapa borang untuk ditandatan­gani sebelum menurunkan cap jari tangan sebagai tanda persetujua­n.

“Simpanan patuh syariah terbuka kepada semua pencarum sama ada Islam atau bukan Islam selain tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah apabila ia mempunyai kadar dividen tidak tetap kerana dinilai berdasarka­n prestasi kewangan semasa,” katanya.

 ??  ?? ANBANATHAN
ANBANATHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia