Harian Metro

Kontena 5 kamar

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

„ Eksperimen pereka industri binakediam­anmesraala­m di kampung tarik perhatian

Bukan saja berasa puas kerana berjaya menterjema­hkan kreativiti­nya dalam bentuk kediaman seperti dirancang, rumah kontena cetusan idea seorang pereka industri di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah ini turut menarik perhatian orang ramai yang merancang membina rumah idaman mereka sendiri.

Rumah menggunaka­n tiga unit kontena milik Zaharudin Ismail, 54, berkonsepk­an ‘post modern’ itu juga memiliki ciri mesra alam selain landskap indah termasuk alam semula jadi di sekeliling dalam suasana kampung.

Dia yang menetap di Kuala Lumpur membina rumah kontena itu untuk dijadikan tempat persinggah­an dan berehat setiap kali pulang ke kampung selain singgah ke rumah bapa mentuanya Ahmad Zainuddin Mohd Ali, 75, yang terletak berhampira­n.

Katanya, bapa mentuanya itu membantu menjaga dan membersihk­an rumah berkenaan setiap kali dia bersama keluargany­a pulang ke Kuala Lumpur.

Zaharudin berkata, pembinaann­ya mengambil masa selama empat bulan dan disiap sebelum Aidilfitri lalu.

Menurutnya, tertarik dengan rekaan rumah kontena itu, ahli keluargany­a memilih untuk berkumpul di rumah berkenaan bagi menyambut 1 Syawal.

Sebagai seorang pereka, katanya, dia mahu setiap sudut rumah berkenaan digunakan sepenuhnya, senang diakses, mesra alam, memberi keselesaan kepada penghuni terutama warga emas dan paling utama mengekalka­n suasana kampung walaupun menggunaka­n rekaan moden.

Berikutan itu dia merancang dengan rapi, bermula dengan melakukan lakaran, kerja memotong serta mengimpal kontena, menyiapkan tapak rumah, kemasan dalaman dan susun atur perabot.

“Tapak rumah ini di kawasan berbukit, jadi saya ratakan bahagian bercerun untuk membina tingkat bawah. Selain tiga kontena saya turut menggunaka­n besi, batu-bata dan konkrit untuk menyiapkan kediaman idaman ini.

“Antara ciri mesra alam diterapkan adalah menggunaka­n sepenuhnya cahaya matahari untuk menerangi rumah pada waktu siang dengan membina tingkap bagi membolehka­n cahaya masuk.

“Pintu pada kabin kontena dikimpal dengan rapi sebelum dipasang kaca menjadi tingkap besar yang turut membantu melancarka­n sistem pengudaraa­n dalam rumah selain memasang lapisan aluminium pada bumbung sebagai penebat haba,” katanya.

Menurutnya, rumah dilengkapi lima bilik tidur dan dua bilik air itu direka dengan ruang tamu yang luas bagi memberi keselesaan kepada semua ahli keluarga berkumpul dalam jumlah ramai di situ pada satu-satu masa.

Zaharudin berkata, bentuk segi empat digunakan berperanan untuk menghubung­kan semua ruang, tanpa dilindungi bahagian bilik atau struktur lain.

“Antara cabaran utama ketika membina kediaman ini adalah memastikan bilik air tidak mudah berkarat berikutan itu saya perlu mencari bahan yang kalis air untuk mengelakka­n masalah karatan,” katanya.

Selain mengekalka­n landskap semula jadi di sekeliling, dia juga memilih untuk tidak membina pagar tembok yang tinggi sebaliknya hanya menggunaka­n pagar besi dan dawai di sekeliling rumahnya.

“Eksperimen terhadap rumah menggunaka­n konsep ini dianggap berjaya, jika ada yang tanya mengenai kos, saya tidak dapat memberikan butiran secara terperinci kerana perbelanja­annya bergantung kepada kemahuan pemiliknya,” katanya.

 ??  ?? BAHAGIAN sisi rumah yang masih mengekalka­n ciri kontena.
BAHAGIAN sisi rumah yang masih mengekalka­n ciri kontena.
 ?? Zaharudin ?? AHMAD Zainuddin di ruang dapur kontena. Antara ciri mesra alam diterapkan adalah menggunaka­n sepenuhnya cahaya matahari untuk menerangi rumah pada waktu siang”
Zaharudin AHMAD Zainuddin di ruang dapur kontena. Antara ciri mesra alam diterapkan adalah menggunaka­n sepenuhnya cahaya matahari untuk menerangi rumah pada waktu siang”
 ??  ?? TINGKAT bawah diperkemas dengan batu-bata.
TINGKAT bawah diperkemas dengan batu-bata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia