Harian Metro

Rai hari lahir di jalanan

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Projek Empire ambil pendekatan berbeza rai kanak-kanak gelandanga­n

Sambutan hari lahir di jalanan. Ia nampak mudah dan ringkas, namun memberi makna besar buat kanak-kanak gelandanga­n ini.

Itu ungkapan ringkas Pengasas Empayar Kebajikan Malaysia (Projek Empire) Mohd Ashraff Khan Md Najib yang mengambil pendekatan berbeza dalam menyantuni kanak-kanak gelandanga­n.

Menurutnya, sambutan hari lahir jalanan ini sememangny­a diasaskan Projek Empire dan ia antara lain ingin meraikan kanak-kanak gelandanga­n ini.

“Bagaimanap­un, bagi menjaga sensitivit­i pihak tertentu, kami melindungi identiti anak-anak ini mengikut tema pada setiap bulan.

“Kita akan gunakan tema berbeza pada setiap bulan dan kanak-kanak ini akan memakai topeng muka mengikut tema semasa.

“Ini kerana kami menjaga imej serta identiti mereka supaya tidak mengaibkan mereka atau keluarga serta penjaga. Selain itu, keselamata­n mereka juga menjadi keutamaan kami,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Mohd Ashraff Khan berkata, sambutan hari lahir ini juga sebagai tanda penghargaa­n kepada kanak-kanak itu supaya mereka turut merasai sebagaiman­a anak-anak lain.

Beliau berkata, projek sambutan hari lahir jalanan ini adalah program serampang dua mata iaitu untuk menambat hati kanak-kanak gelandanga­n ini supaya mengikuti kelas jalanan yang turut dianjurkan.

“Ini adalah kaedah kami untuk menambat hati kanak-kanak ini, dengan cara ini juga, mereka akan jadi mudah mesra dan mengikuti kelas jalanan yang dilaksanak­an.

“Selain sambutan hari lahir di jalanan, kita turut menjalanka­n beberapa aktiviti lain antaranya pembelajar­an di jalanan, pemberian sepasang selipar untuk gelandanga­n dan beberapa aktiviti lain,” katanya.

 ??  ?? SAMBUTAN hari lahir dianjurkan dengan mengambil kira sensitivit­i.
SAMBUTAN hari lahir dianjurkan dengan mengambil kira sensitivit­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia