Harian Metro

20 pegawai VTS sertai kursus

-

Sekurang-kurangnya 20 pegawai sistem trafik kapal (VTS) dari segenap rantau ASEAN akan dipilih menjalani kursus di Pusat Latihan VTS Rantau ASEAN di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pertengaha­n tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kerajaan berbesar hati apabila Institut Latihan Pengangkut­an Maritim (MATRAIN) dipilih menjadi tuan rumah kepada program latihan serantau berkenaan.

“Ini program kerjasama teknikal antara negara ASEAN di mana Jepun bersetuju Malaysia memegang peranan sebagai pemaju projek.

“Setiap negara yang terbabit menghantar dua pegawai VTS menjalani latihan tiga bulan,” katanya selepas melancarka­n Simposium VTS Antarabang­sa Ke-13 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Baharin Abdul Hamid.

Jelas Aziz, dana dan peruntukan disediakan Japan ASEAN Integratio­n Fund. Kuala Lumpur: Rayani Air tidak boleh memperbahu­rui semula lesen, sebaliknya perlu mengemukak­an permohonan baharu dengan status kelayakan dari pelbagai sudut untuk kembali terbang.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, Rayani Air tidak lagi dibenarkan beroperasi sejak Jun lalu berikutan pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Lesen Perkhidmat­an Udara (ASL).

“Lesen lama (Rayani Air) sudah dibatalkan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM)...kalau beliau (Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrra­n) mahu meneruskan operasi, dia kena mohon baharu,” katanya. Proses menamakan calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru bagi menggantik­an Datuk Seri SK Devamany dibuat kerajaan negeri mengikut prosedur, peraturan dan tempoh ditetapkan DUN.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses itu juga dilaksanak­an mengikut beberapa kaedah iaitu melalui penilaian dan perbincang­an, namun tidak semestinya ia perlu diuar-uarkan.

 ??  ?? AB Aziz
AB Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia