Harian Metro

Bersama perkasa blok serantau

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia mengambil bahagian dan menyumbang kepada pembanguna­n Komuniti ASEAN, bukan sekadar memperoleh manfaat daripada blok serantau itu semata-mata.

Perdana Menteri menegaskan, dengan cara itu barulah komuniti yang ditubuhkan oleh persepakat­an 10 negara anggota rantau ini benar-benar padu dan yang mencermink­an aspirasi rakyatnya.

“Jadi tema yang dipilih Laos sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, ‘Menjadikan Wawasan Sebagai Realiti Untuk Komuniti ASEAN Yang Dinamik’ tepat pada masanya dan sesuai.

“Ia mencermink­an kehendak bersama kami untuk terus mengintegr­asikan rantau ini dan memantapka­n Komuniti kita. Ia satu prasyarat untuk mewujudkan Komuniti ASEAN yang benar-benar menanam semangat kekitaan dan identiti dalam kalangan seluruh bangsa di 10 negara anggota,” kata beliau sempena Sambutan Hari ASEAN ke-49, di sini, semalam.

Komuniti ASEAN ditubuhkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dipengerus­ikan Malaysia di sini, tahun lalu.

Visi Komuniti itu merangka hala tuju persatuan itu dalam tonggak komuniti politik-keselamata­n, ekonomi dan sosiobuday­a sehingga tahun 2025.

Perdana Menteri berkata, rakyat rantau ini mesti berbangga sebagai Komuniti ASEAN dengan pencapaian yang ada hari ini selepas hampir 50 tahun penubuhan persepakat­an berkenaan.

Kata beliau, ia pastinya pencapaian yang berbaloi untuk diraikan.

“Dengan kita menyambut Hari ASEAN tahun ini, ia juga kali pertama kita sebagai Komuniti yang satu.

“Pada 31 Disember 2015 semasa dipengerus­ikan Malaysia, 10 negara anggota ASEAN bersetuju menubuhkan Komuniti ASEAN yang juga satu pencapaian penting bagi rantau ini, membina daya tahan dan dinamik yang menjadi mercu tanda ASEAN melalui perjalanan­nya hampir setengah abad,” kata beliau.

Apa yang penting, kata beliau lagi, momentumny­a mesti terus kekal dalam memastikan kesepaduan politik, integrasi ekonomi dan isu sosial serta serantau yang inklusif berterusan.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia