Harian Metro

Persediaan jelajah Kutub Utara

-

Seri Iskandar: Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) menyenarai­kan dua Ikon Sukan Lasak negara sebagai penjelajah negara bagi menggalas misi Ekspedisi Kutub Utara 2017 pada April tahun depan.

Penasihatn­ya, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata, kedua-dua mereka, Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in, 34, dan Shahrom Abdullah, 37, dipilih kerana mempunyai pengalaman luas dalam sukan ekstrem dan yakin mereka mampu menggalas misi mengharumk­an nama negara.

Beliau berkata, mereka akan menyertai latihan bersama Muhamad Irwan Yusoff Abdullah, 36, yang diumumkan sebagai penjelajah negara pertama yang diumumkan KE7B pada 22 April lalu untuk ekspedisi berkenaan.

“Untuk hari ini (semalam), kita memulakan latihan fasa pertama iaitu menarik beban 80 kilogram (kg) sejauh 15 kilometer (km) setiap hari bagi memastikan stamina setiap daripada mereka berada pada tahap tertinggi.

“Latihan khas ini dilakukan berhampira­n Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dan diteruskan di beberapa tempat lain yang dikenal pasti sesuai sebagai tempat berlatih seperti Amerika Syarikat serta Jepun,” katanya ketika latihan Ekspedisi Kutub Utara 2017 di sini, semalam.

Sementara itu, Muqharabbi­n berkata, ekspedisi itu jelajah kedua disertainy­a selepas kejayaanny­a menamatkan pendakian tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia pada 2010.

Menurutnya, dia sudah memulakan latihan sejak sebulan lalu dengan melakukan aktiviti larian dan aktiviti lain sebanyak sembilan kali sehari.

“Saya tidak biasa dengan aktiviti larian berbanding dua rakan penjelajah lain dan itu membuatkan saya sentiasa fokus untuk menambah kekuatan fizikal serta stamina bagi menyempurn­akan ekspedisi itu nanti.

“Sehingga hari ini, KE7B menghasilk­an 23 ikon dalam sukan lasak dan saya akan memastikan kepercayaa­n kelab terbalas dalam ekspedisi ini,” katanya.

Bagi Shahrom pula, dia mengharapk­an keserasian antara mereka bertiga bagi melicinkan perjalanan ekspedisi itu nanti.

Ketiga-tiga penjelajah itu akan merentasi Kutub Utara dengan perjalanan sejauh 222 km dengan risiko permukaan ais yang rapuh serta ancaman beruang kutub.

 ??  ?? AKMAR Hisham (kanan) memberi taklimat sebelum memulakan sesi latihan fizikal fasa pertama.
AKMAR Hisham (kanan) memberi taklimat sebelum memulakan sesi latihan fizikal fasa pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia