Harian Metro

AC Mizal dinasihat selesai cara mediasi

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menasihatk­an kes saman penyanyi, pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal atau Mizal Zaini, 46, dan tiga lagi terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd serta tiga lagi berhubung penerbitan artikel fitnah diselesaik­an secara mediasi.

Hakim Abu Bakar Jais menetapkan hari ini untuk pengurusan kes dan bagi mendapat maklum balas berhubung penyelesai­an kes itu.

Perkara itu dimaklumka­n oleh peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili AC Mizal dan tiga lagi selepas pengurusan kes di dalam kamar di sini.

Selain AC Mizal, tiga lagi plaintif adalah isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid, Rashidi Ishak dan syarikat Peace Yall Sdn Bhd.

Pada 30 Mac lalu, mereka memfailkan saman menuntut gantirugi RM25 juta terhadap wartawan hiburan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Sdn Bhd Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Semua defendan diwakili peguam Ooi She Yi.

Di dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, semua plaintif mendakwa bahawa Syed Musaddad melalui penerbitan di dalam sisipan Pancainder­a yang diterbitka­n bersama-sama dengan edaran Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd ada mengeluark­an perkataan fitnah.

Perkataan fitnah itu didakwa diterbitka­n pada 23 Ogos 2015.

Mereka mendakwa perkataan dan/atau maksud inferens memberi gambaran bahawa semua plaintif adalah majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggun­gjawab, cuai, lalai dan berbuat khianat terhadap pekerja mereka.

Semua plaintif mendakwa reputasi sama ada secara peribadi atau perniagaan terjejas teruk.

Oleh itu, semua plaintif menuntut ganti rugi am RM15 juta dan gantirugi teruk RM10 juta.

Selain itu mereka turut memohon perintah menghalang defendan samada melalui diri mereka atau ejen daripada mengulangi perkataan fitnah itu atau yang mempunyai maksud sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia