Harian Metro

Ketua Geng Penyu sembunyi di kampung

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Wanita hijrah 5,500km dari Uzbekistan untuk melacur

Berhijrah sejauh lebih 5,500 kilometer dari negara asal Uzbekistan untuk melakukan kegiatan ‘jual tubuh’ di Malaysia.

Itu dilakukan sekumpulan pelacur warga Uzbekistan yang dikesan aktif mencari pelanggan di sekitar Jalan P Ramlee di sini.

Lebih mengejutka­n apabila mereka ini tidak segan silu menawarkan perkhidmat­an seks dengan mendekati orang ramai yang sedang menjamu selera di restoran berhampira­n kawasan itu.

Bagaimanap­un kegiatan itu berjaya dibongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang: Tubuh kumpulan penjenayah Geng Penyu dengan motif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam serta stesen minyak sekitar Lembah Klang sejak lebih dua tahun lalu.

Kumpulan penjenayah itu bagaimanap­un tumpas apabila polis berjaya menjejaki ketua kumpulan berkenaan berusia 20 tahun yang bersembuny­i di Dungun, Terengganu kelmarin.

Sumber polis berkata, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang diketuai Inspektor Nor Aisyah Shasriman berjaya Dang Wangi menyerbu pusat hiburan di kawasan itu awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, hasil pemerhatia­n di dalam premis berkenaan mendapati ramai wanita warga asing berlegar-legar menyapa pengunjung untuk tujuan pelacuran.

Menurutnya, serbuan bermula jam 12 tengah malam itu berjaya menahan seramai 46 GRO masing-masing 23 wanita warga Uzbekistan dan Vietnam dipercayai terbabit dalam aktiviti persundala­n. “Pemeriksaa­n ke atas semua wanita berusia 25 hingga 35 tahun terbabit mendapati mereka melanggar pas lawatan sosial ke negara ini.

“Seorang penjaga premis warga tempatan turut ditahan kerana membenarka­n warga asing tanpa dokumen selain berada dalam premis menjalanka­n kegiatan pelacuran,” katanya. menahan ketua kumpulan penjenayah yang melarikan diri ke kampung halaman bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, hasil soal siasat terhadap lelaki itu membawa kepada serbuan kedua dijalankan sekitar Seri Kembangan di sini.

“Polis kemudian menahan empat lelaki berusia 18 hingga 29 tahun dipercayai ahli kumpulan itu. Siasatan mendapati mereka aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak sejak 2014 bersenjata­kan parang serta pisau.

“Kumpulan ini menjalanka­n kegiatan samun pada awal pagi dan mensasarka­n premis yang beroperasi 24 jam dengan merampas barangan jualan seperti rokok, wang tunai serta telefon bimbit milik mangsa,” katanya.

Dalam kejadian terbaru jam 2 pagi, 20 Mei lalu, geng sama dipercayai menyamun kedai serbaneka di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, di sini.

Mereka melarikan 79 kotak rokok pelbagai jenis, wang tunai RM98 dan dua telefon pintar milik mangsa.

“Hasil tangkapan itu juga membawa kepada penemuan tiga motosikal curi model Honda EX5 dan Yamaha 125 dipercayai digunakan kumpulan berkenaan untuk menyamun. Selain itu, polis turut merampas 16 pisau, dua pedang dan dua tukul besi dipercayai digunakan sebagai senjata samun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahka­n penahanan kelima-lima suspek itu.

 ??  ?? ANTARA pelacur warga asing yang ditahan dalam operasi khas di Jalan P Ramlee, semalam.
ANTARA pelacur warga asing yang ditahan dalam operasi khas di Jalan P Ramlee, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia