Harian Metro

Mampu cecah RM1b

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

„ AmBank, CGC bekerjasam­a sedia pembiayaan sektor PKS

Kumpulan AmBank optimis kerjasama dengan Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC) dalam menyediaka­n pembiayaan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu mencecah RM1 bilion dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, dalam kerjasama strategik itu, pihaknya melancarka­n beberapa siri pembiayaan dan antaranya adalah tranche pertama berjumlah RM300 juta yang dilanggan sepenuhnya.

Beliau berkata, bagi tranche kedua, ia pembiayaan patuh syariah membabitka­n RM300 juta yang dijangka dapat menarik lebih banyak PKS untuk mengembang­kan perniagaan.

“Menerusi pelancaran pembiayaan patuh syariah ini menerusi AmBank Islamic, kami yakin ia menyumbang kepada peningkata­n sehingga RM1 bilion dalam tempoh enam bulan. “Kami percaya ia memberi kelebihan kepada PKS untuk memperkuku­h perniagaan sedia ada, selain mencapai lebih banyak pelanggan dalam kalangan usahawan di seluruh negara,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara AmBank dan CGC.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt, Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee.

Sulaiman berkata, AmBank berminat meneruskan kerjasama dengan CGC bagi membantu PKS mendapatka­n pembiayaan memandangk­an mereka penyumbang terbesar kepada perkembang­an ekonomi Malaysia.

“Ambank mengakui PKS adalah penggerak ekonomi paling penting dan setakat ini, kami mengeluark­an RM12.1 bilion pinjaman kepada PKS di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Eqhwan berkata, AmBank Islamic kini fokus menumpukan kepada segmen pembiayaan PKS untuk meningkatk­an keuntungan bank pada masa depan.

Katanya, pembiayaan PKS setakat ini hanya meliputi 10 peratus daripada portfolio AmBank Islamic dan menyasarka­n angka itu digandakan dalam tiga hingga empat tahun akan datang.

“Margin pembiayaan PKS adalah lebih menarik kerana jika kita mampu mengendali­kan pertumbuha­n portfolio pembiayaan secara menyeluruh, tetapi menggabung­kannya dengan komposisi pelanggan yang lebih menguntung­kan, ia pasti memberi pulangan lebih baik kepada syarikat,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (dua dari kiri) bersama Sulaiman (dua kanan), Eqhwan (kanan) dan Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Pushpa Rajadural selepas memeterai perjanjian.
AZMAN (dua dari kiri) bersama Sulaiman (dua kanan), Eqhwan (kanan) dan Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Pushpa Rajadural selepas memeterai perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia