Harian Metro

Lakar strategi

-

My Internatio­nal Mobile sasar 50,000 pengguna

dijangka meningkat kepada 51 juta daripada 47 juta pada masa ini.

“Menerusi prabayar MyPrepaid, kami membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan di mana selain menjadi pengguna, mereka juga boleh menjadikan MyPrepaid ini sebagai satu kerjaya yang menguntung­kan.

“Mengenai MyPrepaid, apabila pelanggan kami mengaktifk­an kad SIM MyPrepaid mereka, dengan serta-merta dilantik sebagai vendor yang bertanggun­gjawab untuk memasarkan produk kami secara online. Sebagai vendor, mereka berhak untuk faedah di bawah program vendor MyPrepaid dan ini adalah sebahagian daripada usaha kami membantu usahawan dalam kalangan Bumiputera,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sempena majlis menandatan­gani tiga memorandum persefaham­an (MoU) dan pelantikan Pusat MyPrepaid serta Wakil Negeri MyPrepaid, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif My Internatio­nal Mobile, Datuk Zalika Ahmad; Pengarah Eksekutifn­ya, Datuk Rozita Said Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Telcom Sdn Bhd (FRiENDi Mobile), Aihan Ilik.

Sebelum ini, My Internatio­nal Mobile sudah membelanja­kan sebanyak RM2.5 juta bagi pembanguna­n sistem telekomuni­kasi dan pemasaran. MyPrepaid menyediaka­n pelan panggilan, SMS dan data sama seperti prabayar yang lain tetapi dengan hanya bermodalka­n RM79 anda bukan sahaja boleh menjadi pengguna malah layak memasarkan kad Myprepaid ke seluruh negara selain menerima kit pemasaran percuma bernilai lebih RM600 yang terdiri daripada kad prabayar, aplikasi My2U, web replika, barangan lain seperti baju-T, topi, buku latihan, rantai kunci dan sebagainya.

Pada majlis itu, Zalika turut mengumumka­n bermula 3 Ogos lalu, pelan harga promosi MyPrepaid diperkenal­kan di mana pengguna mendapat 1.5GB data Internet dan 35 minit panggilan dengan pakej RM30 manakala RM50 mereka mendapat 2.5GB data Internet dan 70 minit masa panggilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia