Harian Metro

Pertempura­n sengit di Aleppo

-

„ Tentera, kumpulan penentang kerah pasukan tambahan untuk kuasai bandar kedua terbesar Syria

Rejim Syria dan kumpulan penentangn­ya mengerahka­n ratusan pasukan tambahan masing-masing ke Aleppo selepas pejuang penentang mengumumka­n serangan besar-besaran untuk menguasai bandar raya kedua terbesar negara itu.

Pertempura­n untuk menawan bekas hab ekonomi Syria itu semakin sengit selepas kumpulan penentang berjaya memecahkan kepungan tentera kerajaan di timur Aleppo kelmarin, sekali gus memberi tamparan hebat kepada tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.

Kelmarin, kumpulan penentang itu yang menamakan diri mereka Tentera Penakluk mengumumka­n usaha untuk menawan seluruh bandar Aleppo. Jika berjaya, ia akan menjadikan kemenangan terbesar mereka dalam perang saudara Syria yang bermula lima tahun lalu.

Bagaimanap­un, rejim Bashar memberi tentangan sengit dan mula menghantar pasukan tambahan ke bandar itu.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, kira-kira 2,000 militan Syiah Iraq, Iran dan Lubnan juga tiba di Aleppo untuk membantu tentera Syria.

“Kedua-dua pihak sudah mengumpulk­an bala tentera masing-masing sebagai persiapan untuk pertempura­n besar-besaran di Aleppo,” kata ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.

Akhbar Al-Watan milik kerajaan Bashar melaporkan, tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk melancarka­n serangan bagi menguasai semula kawasan yang jatuh ke tangan penentang.

Pesawat tentera juga melancarka­n serangan dengan menyasarka­n kedudukan kumpulan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­nnya, Tentera Penakluk berkata, ratusan pejuangnya sudah berada di Aleppo selepas tiba dari wilayah berhampira­n, khususnya Idlib, untuk melancarka­n serangan fasa baru bagi ‘membebaska­n Aleppo.’

Sementara itu, pemerhati menyifatka­n pertempura­n di Aleppo itu amat penting walaupun ia tidak akan menamatkan perang saudara yang sudah meragut 280,000 nyawa sejak ia bermula pada 2011.

 ??  ?? SEORANG anggota penentang membuat persiapan bagi menghadapi pertempura­n dengan tentera rejim Syria di Aleppo.
SEORANG anggota penentang membuat persiapan bagi menghadapi pertempura­n dengan tentera rejim Syria di Aleppo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia