Harian Metro

Pancing 3 jurulatih asing

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ FAS nilai prestasi Marcote, Westwood, Durakovic untuk isi tempat Zainal

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) difahamkan sedang mengintai tiga pengendali asing bagi menggantik­an tempat Zainal Abidin Hassan selepas bekas pengendali Pahang itu dipecat kelmarin.

Menurut sumber dalaman persatuan itu, selain bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote turut menjadi tumpuan ialah bekas pengendali Bengaluru FC Ashley Westwood dan bekas jurulatih Selangor musim lalu, Mehmet Durakovic.

Katanya, ketiga-tiga jurulatih itu mempunyai rekod cemerlang ketika membimbing pasukan masing-masing dengan Marcote difahamkan calon paling dikehendak­i Selangor.

“Ada beberapa nama yang sudah disenarai pendek namun kecenderun­gan lebih kepada Marcote. Ia kerana pendekatan jurulatih itu yang menggunaka­n permainan bola sepak moden dengan hantaran pendek selain pakar dalam bidang kecergasan.

“Begitupun, Durakovic juga boleh diambil kerana rekod baiknya ketika membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Malah Westwood turut berada dalam senarai itu, apapun kita tunggu hingga pengumuman yang akan dibuat kelak,” kata sumber itu semalam.

Dalam perkembang­an sama, pengurus pasukan, Amirudin Shari turut membayangk­an skuad Red Giants itu bakal dikemudi kembali jurulatih asing selepas kali terakhir di bimbing Durakovic sebelum ini.

“Saya tidak menafikan kami sedang mengintai beberapa pengendali untuk mengisi kekosongan. Selain itu, ada juga yang menawarkan khidmat mereka untuk menjadi ketua jurulatih Selangor,” katanya ketika temui pada sesi latihan pemain di Shah Alam semalam.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, Durakovic dikaitkan untuk kembali mengemudi pasukan Merah Kuning selepas Zainal Abidin Hassan dipecat kelmarin gara-gara prestasi hambar Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Malah sasaran awal yang diletakkan kepadanya dengan wajib menjuarai Liga Super dan mempertaha­nkan Piala Malaysia dilihat semakin jauh daripada jangkauan.

Lantas situasi itu mengundang rasa kurang senang penyokong setia pasukan itu dan juga Presiden FAS Datuk Seri Azmin Ali yang mengarahka­n rombakan dilakukan ke atas pasukan serta-merta dengan Zainal menjadi korban pertama.

 ??  ?? GUNALAN (tiga dari kiri) memangku jawatan sementara jurulatih Selangor.
GUNALAN (tiga dari kiri) memangku jawatan sementara jurulatih Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia