Harian Metro

Pemecatan Zainal tidak adil: Razman

-

Shah Alam: “Tidak adil untuk beliau (pengendali Selangor Zainal Abidin Hassan) menerima keputusan sebegitu (pemecatan),” demikian luah penolong ketua pasukan, Razman Roslan yang kecewa dengan keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memecat Zainal.

Katanya, keputusan persatuan itu terlalu drastik dan mengejutka­n pasukan namun sebagai pemain profesiona­l mereka harus menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Secara peribadiny­a saya memang sedikit sebanyak kecewa. Beliau sudah mencurahka­n segala pengalaman dan tunjuk ajarnya sepanjang sesi latihan dan perlawanan.

“Pemain yang gagal mempamerka­n aksi baik kerana kami tidak mendapatka­n keputusan yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, semalam.

Kelmarin, kem Selangor digegarkan dengan pemecatan bekas pengendali Pahang susulan prestasi buruk dipamerkan anak buahnya apabila tewas empat kali berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia.

Senario itu mendorong Presiden FAS Datuk Seri Azmin Ali mengarahka­n agar rombakan dilakukan segera dengan Zainal dipecat biarpun kontraknya hanya akan tamat

2017.

“Keputusan diambil barisan pengurusan itu tidak mampu diubah, jadi pemain perlu meneruskan tugas sehingga tamat musim ini. Ketepikan masalah luaran dan kekal fokus untuk aksi Piala Malaysia ini.

“Memang kebanyakan pemain turut kecewa dengan keputusan itu tapi kami perlu kekal profesiona­l dan segera melupakan apa yang berlaku kerana lebih penting untuk mengutip tiga mata pada aksi esok (malam ini),” katanya.

Selangor akan berdepan Pahang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

pada

penghujung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia