Harian Metro

Cipta kejutan Pecat bukan kerana peruntukan: Azmin

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Benjamin Mora menuntut kesebelasa­n pemain skuad itu melakar kejutan ke atas Kedah dalam usaha memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), malam ini.

Apapun pengendali dari Mexico itu mahu barisan pemain JDT II berwaspada dengan kelicikan pemain tengah Kedah Liridon Krasnisqi yang memiliki kehebatan sendiri dan bijak bertindak memecah benteng pertahanan.

Malah katanya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah pasti akan turun habis-habisan bagi memburu kemenangan untuk menjarakka­n mata dengan T-Team yang mengumpul empat mata manakala JDT II meraih tiga mata hasil daripada tiga keputusan seri.

“Persaingan dalam kumpulan itu masih terbuka dan jika menang menentang Kedah maka kita akan mengutip enam mata tapi ia tampak begitu sukar kerana pasukan lawan dibarisi pemain hebat.

“Bagaimanap­un keupayaan pemain saya mengikat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Kedah di Alor Setar, 29 Julai lalu amat membanggak­an kerana kita beraksi di depan lebih 20,000 penyokong mereka dan berjaya mengimbang­i kehebatan pasukan itu.

“Kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC pada saingan Liga Perdana, baru-baru ini menyuntik semangat pemain untuk meneruskan rentak cemerlang dan saya akan menurunkan kesebelasa­n terbaik bagi memburu kemenangan pertama,” katanya.

Mora juga tampak berpuas hati dengan gandingan Baihakki Khaizan dan Rafael Bonfim yang membentuk benteng pertahanan ampuh selepas beraksi konsisten ketika menentang PKNS FC dan menuntut aksi yang lebih konsisten apabila berdepan Kedah, malam ini.

Katanya, hanya Mohd Amer Saidin belum pasti dapat diturunkan di posisi bek kiri selepas pemain itu mengalami kecederaan namun tidak serius dan akan memantau dahulu status kecederaan pemain itu.

“Kita masih kehilangan Shahril Ishak di posisi serangan namun kelibat Paulo Rangel yang semakin garang selaku penyerang tampak begitu berbisa selepas sering menjaringk­an gol buat JDT II dan saya menaruh sandaran untuk dia merobek gawang lawan,” kata Mora. Dengkil: “Saya tidaklah kata merudum, tetapi saya harus mengambil tindakan proaktif supaya prestasi pasukan dapat dipertahan­kan,” tegas Menteri Besar Selangor yang juga Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan menamatkan kontrak jurulatih Zainal Abidin Hassan.

Menurutnya, keputusan menamatkan kontrak Zainal Abidin juga selepas menilai keseluruha­n aspek dan ia bukan berkait dengan masalah peruntukan.

“Bukan masalah peruntukan, itu tidak semestinya tetapi perkara ini termasuk soal budaya dan sikap. Sebab itu, keputusan dibuat berdasarka­n merit.

“Sekiranya tidak ada masalah dan prestasi yang baik, saya selaku presiden akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Loji Rawatan Air Semenyih 2, Kampung Jenderam Hilir di sini, semalam.

Harian Metro melaporkan, gara-gara prestasi hambar skuad Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, FAS membuat keputusan menamatkan kontrak jurulatih Zainal Abidin berkuatkua­sa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh pengurus pasukan Amirudin Shari selepas mendapat arahan daripada Azmin yang menuntut rombakan dilakukan ke atas pasukan Red Giants.

Tugas yang dikosongka­n itu buat sementara ini akan diisi oleh penolong jurulatih K Gunalan.

Dalam pada itu, Azmin berkata, keputusan penamatan kontrak itu hanya sebagai langkah awal dan ada beberapa lagi pengumuman akan dibuat.

>>Tugas pengendali Selangor akan digalas Gunalan buat sementara waktu „ Mora mahu anak didik lakar kemenangan sulung ke atas Helang Merah

 ??  ?? RANGEL (kiri) sandaran utama JDT II robek Kedah.
RANGEL (kiri) sandaran utama JDT II robek Kedah.
 ??  ?? PEMAIN Selangor menjalani latihan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran Zainal.
PEMAIN Selangor menjalani latihan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia