Harian Metro

Suntik semangat hadapi Sukan SEA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pencapaian muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia selepas 31 tahun, menyuntik semangat luar biasa buat pasukan negara untuk merampas pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Jurulatih negara Aminah Asari berkata, kerjasama dan semangat sepasukan serta kesungguha­n ditunjukka­n pemain ketika beraksi di Stadium Nasional Bangkok Thailand kelmarin cukup luar biasa dan mereka sememangny­a layak dinobatkan juara.

Katanya, kemenangan itu memberi motivasi tinggi untuk berusaha lebih gigih dan bersedia menghadapi cabaran Singapura di kejohanan seterusnya kerana negara jiran itu antara pencabar yang mampu memberi tentangan sengit.

“Syukur atas kejayaan ini. Sememangny­a mereka layak untuk menjadi juara selepas apa dipamerkan sepanjang kejohanan.

“Kejayaan ini mampu menjadikan kami lebih bersemanga­t untuk terus melakarkan kejayaan selepas ini. Kemenangan selepas 31 tahun ini cukup bermakna kepada semua,” katanya.

Mengulas mengenai seteru utama Singapura, Aminah berkata skuad negara jiran itu menurunkan sebahagian muka baru di kejohanan itu, begitupun mereka berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Hong Kong.

Bagaimana Aminah tetap optimis dengan kemampuan pemain negara menghadiah­kan emas di Sukan SEA nanti kerana kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Sebagai persediaan sesi latihan intensif akan diteruskan selepas ini dengan latihan sepenuh masa akan bermula pada Oktober ini.

Beberapa kejohanan bakal disertai skuad negara, antaranya Kejohanan Remaja Asia di Korea Selatan dan Kejohanan Remaja Dunia (Bostwana). Kedua-dua kejohanan itu akan berlangsun­g pada Mei dan Julai tahun depan.

 ?? FOTO: ?? PASUKAN bola jaring negara tiba di KLIA, semalam.
FOTO: PASUKAN bola jaring negara tiba di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia