Harian Metro

Ranieri puas walaupun tewas

-

London: Claudio Ranieri pastinya tidak boleh menyalahka­n usaha anak buahnya walaupun tewas di tangan Manchester United pada saingan Perisai Komuniti di Wembley, awal pagi semalam.

Jamie Vardy menafikan jaringan pendahulua­n yang dicipta Jesse Lingard dengan Foxes dilihat cukup selesa di hujung perlawanan tetapi bintang baru United Zlatan Ibrahimovi­c menanduk masuk gol kemenangan hasil hantaran lintang Antonio Valencia pada minit ke-83.

Walaupun tewas, Foxes dilihat cukup menyerlah di Wembley terutama pada babak kedua apabila kerap kali menekan skuad lawan yang dibimbing Jose Mourinho.

Vardy mempamer aksi memberangs­angkan apabila bijak menghukum kesilapan Marouane Fellaini sejurus selepas wisel babak kedua bermula.

Pengurus Leicester itu kemudian berkata, anak buahnya masih belum mencapai tahap kecergasan tertinggi tetapi kagum dengan usaha keras mereka sambil mendapat sokongan padu peminat Foxes.

“Saya kagum dan gembira dengan prestasi kami,” kata Ranieri. “Saya perlu mengucapka­n tahniah kepada pemain. Kami masih belum sedia untuk bermain seperti dilakukan musim lalu tapi tetap berjaya bermain baik terutama pada babak kedua.

“Mungkin babak pertama kami masih belum mantap kerana cuaca agak panas dan sukar untuk berlari. Pada babak kedua kami mula menekan dan cuba menjaringk­an gol. Kami berjaya berbuat demikian dan saya sendiri terfikir kami sepatutnya mampu mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

“Saya bangga dan saya gembira kerana kami bekerja keras. Saya memberitah­u pemain kami belum sedia sepenuhnya tapi mereka memberikan persembaha­n 120 peratus. Bantu membantu dan sentiasa ada untuk rakan sepasukan. Mereka berjaya melakukann­ya dan saya gembira.” - Agensi

 ??  ?? VARDY
VARDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia