Harian Metro

Rekod Furyk

- AFP

„ Catat pukulan terendah dengan 58 pukulan pada pusingan akhir Kejohanan Travelers

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Jim Furyk mencatat pukulan terendah dalam sejarah sepusingan Jelajah PGA apabila melakukan 58 pukulan pada pusingan akhir Kejohanan Travelers, kelmarin.

Pemain AS berusia 46 tahun itu mencatat 12 pukulan lebih rendah berbanding 59 pukulan yang dijadikan rekod sebelum ini. Catatan 59 pukulan itu pernah disamakan enam kali termasuk Furyk sendiri melakukann­ya pada pelbagai kejohanan sebelum ini.

“Sudah banyak pusingan diharungi pemain hebat sebelum saya tapi mereka tidak pernah melakukan 58 pukulan. Justeru, dapat melakukann­ya di Jelajah PGA adalah sesuatu yang sangat luar biasa,” kata Furyk.

Furyk melakukan dua putt di lubang 18 selepas mencatat rekod sembilan lubang dengan lapan di bawah 27. Dia mencatat 31 pukulan di sembilan lubang kedua untuk menamatkan pusingan.

Catatan kedua terbaik pernah dilakukan Furyk adalah 59 pukulan pada acara jelajah di Kejohanan BMW 2013.

Furyk menyifatka­n pusingan akhir itu menuntut kekuatan mental.

“Saya membuat pukulan dengan baik. Putt saya juga menjadi. Saya perlu cuba menenangka­n diri dan tidak sesekali membenarka­n pemikiran negatif mengganggu tumpuan,” katanya.

Furyk membenam enam birdie dan satu eagle sepanjang sembilan lubang pertama lima mata penamat.

Rekod kemenangan Kyrgios meningkat kepada 16 dan kali terakhir dia tewas di tangan Isner ialah ketika kejohanan Jelajah ATP di Madrid tahun lalu.

Isner sedang berusaha untuk menjadi pemain kelima yang memenangi empat gelaran secara berturut-turut sekali gus membolehka­nnya mencatat sejarah. Dia melengkapk­an kecemerlan­gan dengan birdie di lubang 10, 11 dan 12.

Birdie di lubang 12 yang ketujuh berturut-turut dan dia menamatkan pusingan dengan par di lubang 18 lapangan River Highlands di Cromwell, Connecticu­t.

Dua pemain profesiona­l lain turut pernah mencatat 58 pukulan membabitka­n pemain Jerman Stephan Jaeger yang dilakukan di Jelajah Web.com dan pemain Jepun Ryo Ishikawa (Jelajah Golf Jepun).

Furyk memulakan pusingan terakhir dengan ketinggala­n 16 pukulan di belakang pendahulu Daniel Berger selepas mencatat 73-66-71. Dia melonjak ke tangga kelima selepas menamatkan saingan dengan 11 di bawah 269. dan jika berjaya berbuat demikian, dia akan menyertai Novak Djokovic, Rafael Nadal, Roger Federer serta Kei Nishikori.

Dia muncul di final Atlanta sebanyak enam kali dalam tempoh tujuh tahun dan bergelar naib juara selepas tewas di tangan Mardy Fish pada 2010. - AFP

 ??  ?? FURYK beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Travelers.
FURYK beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Travelers.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia