Harian Metro

Iraq calar peluang Selecao

- AFP

„ Brazil hampir tersingkir dalam peringkat kumpulan selepas seri

Brazil berdepan satu lagi penyingkir­an memalukan daripada temasya di tanah air sendiri apabila pasukan diketuai Neymar hambar ketika seri 0-0 buat kali kedua di Rio 2016 dengan Iraq.

Tuan rumah Olimpik itu perlu menumpaska­n pendahulu kumpulan, Denmark esok untuk mengelak daripada tersingkir, dua tahun selepas peristiwa memalukan apabila dibelasah Jerman 1-7 dalam saingan Piala Dunia.

Neymar dijangka dapat memulihkan kemerosota­n Brazil dengan membantu meraih emas sulung Olimpik selepas negara berkenaan lima kali menjuarai Piala Dunia.

Bagaimanap­un, bintang Barcelona itu buntu, sama seperti diharungi ketika saingan pembukaan menentang Afrika Selatan dan kelmarin, di Brasilia, Brazil diejek kerana melepaskan peluang menjaringk­an gol.

“Kami tidak dapat bermain menggunaka­n rentak sendiri. Hari ini kami mendapat banyak sokongan dan cuma di hujung perlawanan, kami diejek. Kami minta maaf kepada penyokong, kepada penduduk Brasilia yang memenuhi stadium untuk menyokong pasukan, tapi kami gagal untuk memberikan mereka keputusan dikehendak­i,” kata jurulatih Brazil Rogerio Micale.

Portugal dan Nigeria menjadi pasukan pertama menempah tiket suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas Honduras dan Sweden.

Turut mencatat kemenangan Argentina, Denmark dan Mexico.

Apa yang ditampilka­n Neymar agak berbeza dengan aksinya menentang Afrika Selatan apabila dia dilabel sebagai tamak. Kali ini Neymar seakan-akan marah dengan diri sendiri dan hilang kesabaran apabila merembat bola ke arah Sherko Kareem pada separuh masa kedua apabila pemain lawan itu menghalang­nya daripada mengambil sepakan percuma pantas.

Pemain Manchester City yang bernilai AS$36 juta (RM145 juta), Gabriel Jesus sekali lagi tidak akan tidur lena.

Selepas mengakui dia tidak mampu melelapkan mata apabila melepaskan peluang terbuka menjaringk­an gol ketika menentang Afrika Selatan, Jesus sekali lagi melalui nasib sama kerana tidak mampu mencetak nama sebagai penjaring sebelum digantikan dengan Micale dua minit kemudian pada awal separuh masa kedua.

Iraq mampu mencatat kemenangan apabila tandukan Mohanad Abdulrahee­m pada separuh masa pertama terkena tiang. AFP

Renato Augusto memperoleh peluang terbaik Brazil namun rembatanny­a melambung tinggi pada masa kecederaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia