Harian Metro

Deepika Padukone ‘demand’ bayar lebih

-

Kejayaan yang dikecapi Deepika Padukone menyebabka­n dirinya dicemburui artis lain.

Heroin filem Piku dan Banjirao Mastani itu kini antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi dan dia turut meminta bahagianny­a daripada keuntungan yang diperoleh penerbit filem lakonannya.

Jika dalam filem Piku, dia dibayar 80 juta Rupee (RM4.8 juta) berserta keuntungan tetapi dalam filem terbarunya, Padmavati, dia mendapat 100 juta Rupee (RM6 juta).

Menurut sumber, Deepika meminta syarat sama seperti dia berlakon dalam Piku iaitu bayaran dan keuntungan filem tetapi khabarnya penerbit Padmavati, Sanjay Lela Bhansali menolak syarat itu dan membayarny­a sekali gus iaitu 100 juta Rupee.

Kata sumber itu lagi, sebelum ini kecoh pelakon Kangana Ranaut dibayar tinggi tetapi sekarang bintang Bollywood sibuk pula memperkata­kan mengenai Deepika.

“Apa yang mereka nak kecohkan sangat kerana industri filem tahu siapa yang berhak mendapat bayaran lebih dan sebagainya?

“Lagipun penonton tidak mahu tahu berapa pelakon itu dibayar, mereka hanya mahu lihat persembaha­n terbaik daripada pelakon pujaan mereka,” kata sumber itu.

Katanya lagi, mungkin sekarang Deepika berada pada kedudukan paling selesa untuk meminta bayaran tinggi tetapi dalam soal komisen atau berkongsi untung penerbit lebih memberi ‘muka’ kepada pelakon lelaki.

“Mereka lebih suka berkongsi keuntungan filem dengan aktor dan bukannya aktres,” kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, Deepika seperti meneruskan ‘perang dinginnya’ dengan Priyanka Chopra yang berlakon bersamanya dalam Banjirao Mastani.

Baru-baru ini dalam kenyataann­ya, dia memuji Aishwarya Rai yang berjaya meletakkan Bollywood di peta pentas hiburan antarabang­sa dan kemudian dia memuji Anil Kapoor diikuti Irrfan Khan.

Akhir sekali barulah dia menyebut nama Priyanka. Tak tahulah apa masalah sebenar Deepika dengan Priyanka kerana heroin drama Quantico dan filem Baywatch itu tidak pernah memburukka­n namanya apa lagi mahu bergaduh dengannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia