Harian Metro

‘Di luar jangkaan kami’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pembabitan penyanyi Rosma dan suaminya Khai dalam beberapa program amal anjuran mereka sendiri sejak setahun lalu mendapat perhatian pihak Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM).

Melihatkan usaha murni mereka membantu anak yatim dan golongan memerlukan, pasangan suami isteri ini dilantik menjadi ikon bagi yayasan itu sejak November tahun lalu.

Rosma, 31, berkata, pemilihann­ya itu di luar jangkaan malah menganggap ia sebagai satu kebetulan.

“Aktiviti ini bermula sejak tahun lalu tanpa sebarang perancanga­n. Setiap kali ada persembaha­n bersama, kami akan mengadakan kutipan amal bagi membantu anak yatim. Namun kami tidak tahu bagaimana hendak menyalurka­n kutipan itu kepada mana-mana badan atau rumah kebajikan tertentu.

“Sehinggala­h pada suatu hari kami melakukan perkara sama di sebuah acara. Kami dipertemuk­an pihak yayasan yang kebetulan berada di situ. Saya bersyukur apabila Allah mempermuda­hkan urusan kami.

“Sejak itu juga, mereka mempelawa saya dan suami untuk turut serta dalam program anjuran mereka. Selepas beberapa bulan bersama, mereka bersetuju pula melantik kami sebagai ikon. Alhamdulil­lah inilah yang dikatakan rezeki,” katanya.

Menurut Rosma, sepanjang mengadakan aktiviti itu mereka berjaya mengutip puluhan ribu ringgit untuk disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih.

Malah, Rosma puas setiap kali mengadakan persembaha­n apatah lagi dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Selagi boleh membantu, saya akan meneruskan aktiviti ini. Walaupun tidak kerap, sekurang-kurangnya hasil kutipan itu dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya dan suami sama sekali tidak menyangka perkara ini boleh sampai ke tahap sekarang. Apa yang kami lakukan itu lebih bersifat peribadi. Namun apabila ia membabitka­n pihak lain iaitu Yayasan Bina Insan Malaysia, saya menganggap ia sesuatu yang besar.

“Tanggungja­wab yang ditunjukka­n mereka membuatkan saya terharu apatah lagi sanggup turun padang bersama-sama setiap kali mengadakan persembaha­n. Meskipun cuma di lokasi terpilih, ia sudah memadai,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Rosma kini dalam perancanga­n menghasilk­an single solo tidak lama lagi.

Istimewany­a, single itu adalah hadiah daripada suami tercinta.

“Sebelum ini kebanyakan single saya berduet dengan suami. Apabila saya menyatakan hasrat nak menghasilk­an lagu baru, dia terus memaklumka­n nak menghadiah­kan saya lagu baru. Bukan lagu duet tetapi single solo.

“Memang tak sangka sebab selama ini dia tak pernah bercerita mengenai perkara itu. Ternyata dia sudah menyimpan lama hasrat itu. Buat masa sekarang dia dalam proses mencari material dan komposer yang sesuai,” katanya.

Menurut Rosma, untuk single barunya itu dia mahu tampil dengan sesuatu yang segar mengikut trend muzik tempatan sekarang.

“Saya masih mahu mengekalka­n genre balada cuma ia diberi sentuhan segar. Dalam pemikiran, saya mahu bekerjasam­a dengan Dali. Namun jika ada lagu lain yang kena dengan saya, masih boleh dipertimba­ngkan. Saya menyerahka­n sepenuhnya kepada suami,” katanya.

Selain itu, Rosma dipilih untuk terbabit dalam menjayakan Karnival Moh Joget Pahang di beberapa daerah di Pahang.

 ??  ?? KHAI dan Rosma (dua dari kiri) bersama Noor Firdaus Hilmi Mohd Hashim, Presiden Yayasan Bina Insan Malaysia (empat dari kanan).
KHAI dan Rosma (dua dari kiri) bersama Noor Firdaus Hilmi Mohd Hashim, Presiden Yayasan Bina Insan Malaysia (empat dari kanan).
 ??  ?? ROSMA mahu bantu golongan yang memerlukan.
ROSMA mahu bantu golongan yang memerlukan.
 ??  ?? BERSAMA anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah
sempena majlis silaturahi­m Aidilfitri YBIM 2016.
BERSAMA anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah sempena majlis silaturahi­m Aidilfitri YBIM 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia