Harian Metro

Tentu kematangan tandan sawit

-

digital bagi mengenalpa­sti maklumat terkandung dalam warna yang boleh dikaitkan dengan peringkat kematangan.

“Terdapat dua jenis ruang warna yang dikaji selidik iaitu HSV (Hue, Saturation dan Value) dan RGB (Red, Green dan Blue) dan bagi ruang warna HSV, hanya kompisisi Hue yang diambil kira bagi mendapatka­n maklumat kematangan,” katanya.

Dr Muhammad Saufi berkata, penyelidik­an itu turut menggunaka­n teknik kelompok bagi memisahkan setiap imej BTS kepada tiga kelompok warna yang mewakili tiga ciri BTS iaitu buah, tetulang perang dan tetulang hijau.

“Hasil analisis terhadap maklumat imej serta data yang terjadual dalam Jadual Tumbesaran, hubungan antara perubahan warna BTS dan peringkat kematangan saling berkait.

“Data peringkat kematangan yang diramal menggunaka­n Model Tumbesaran yang dibangunka­n ditentukan dengan data sebenar dari hasil penentuan menggunaka­n Jadual Tumbesaran,” katanya.

Katanya, maklumat yang diproses menggunaka­n Model Tumbesaran yang dibangunka­n menjurus kepada pembanguna­n Model Penuaian BTS.

“Data daripada Model Penuaian digunakan bagi menghasilk­an grafik lingkar pusar daun sawit yang memetakan lokasi

BTS kepada daun yang bersesuaia­n di dalam lingkaran berkenaan.

“Penghasila­n BTS dipantau melalui pemerhatia­n terhadap kehadiran BTS pada daun ke-17 sawit, tempat bermulanya proses mengorak hingga ke kedudukan daun sawit ke-32 di mana BTS matang berada,” katanya.

Penyelidik­an berkenaan turut menghasilk­an peta Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang memaparkan lokasi BTS matang pada pokok dan peringkat kematangan BTS.

“Peta GIS itu mampu digunakan sebagai sistem sokongan kepada operasi penuaian dan Model Penuaian menjadikan proses penuaian berjalan pada kadar kematangan

BTS optimum selain mampu mengurangk­an kerugian atas buah lerai yang tidak dikutip,” katanya.

Penyelidik UPM bangunkan aplikasi komputer kesan melalui pengecaman warna

 ??  ?? DR Muhamad Saufi bersama kumpulan penyelidik melawat kawasan penyelidik­an
di ladang sawit UPM.
DR Muhamad Saufi bersama kumpulan penyelidik melawat kawasan penyelidik­an di ladang sawit UPM.
 ??  ?? BTS yang dirakam pada minggu pertama.
BTS yang dirakam pada minggu pertama.
 ??  ?? PETA kawasan
penyelidik­an.
PETA kawasan penyelidik­an.
 ??  ?? BTS pada minggu ke-22.
BTS pada minggu ke-22.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia