Harian Metro

Udang kita selamat dimakan

- Mohd Rafi Mamat rencana@hmetro.com.my

Jabatan Perikanan memberi jaminan semua jenis udang yang diternak pengusaha tempatan bebas daripada pencemaran terutama bahan antibiotik seperti yang didakwa sebelum ini.

Justeru, orang ramai khususnya penggemar udang tidak perlu bimbang mengenai berita palsu yang mengaitkan udang di pasaran tempatan mengandung­i bahan tercemar.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata, tidak timbul isu berlaku pencemaran antibiotik di dalam udang diternak penternak tempatan yang berdaftar dengan jabatan.

Menurutnya, Makmal Biosekurit­i Perikanan sudah melakukan analisis ke atas 2,466 sampel udang di seluruh negara dan mendapati semua contoh berkenaan negatif antibiotik.

Justeru, katanya, pengemar udang di negara ini tidak perlu bimbang memakan udang yang diternak di negara ini kerana jabatan sudah mengesahka­n tidak ada bahan terlarang digunakan.

“Isu penggunaan antibiotik berlaku berikutan tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan menggunaka­n Malaysia sebagai transit untuk

Disahkan

bebas pencemaran

bahan antibiotik hasil analisis

Makmal Biosekurit­i Perikanan

mengekspor­t udang yang dibawa dari negara jiran.

“Udang diternak di negara jiran yang tercemar itu mengundang imej buruk kepada udang tempatan hingga mengundang masalah kepada penternak yang ingin memasarkan hasil ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat projek ternakan dan kilang pemprosesa­n udang laut milik Syarikat Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Corporatio­n Sdn Bhd di Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain dan Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia Syed Omar Syed Jaafar.

Ismail berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit membawa masuk udang dari luar negara dan membungkus­nya di negara ini sebelum menghantar ke negara lain.

Katanya, proses mengekspor­t udang seperti ke Hong Kong, Taiwan, Singapura, Korea, Australia dan Amerika Syarikat akan diperketat­kan dan semua pegawai terbabit sudah diarah memberikan perhatian khusus dalam isu ini.

Menurutnya, jabatan kini juga sudah mengambil alih proses kelulusan Sijil Negara Asal (COO) untuk semua jenis udang yang dihantar ke luar negara bagi mengelak sebarang masalah hingga mencemarka­n imej negara.

Beliau berkata, disebabkan isu bahan antibiotik juga menyebabka­n udang tempatan yang dieksport Amerika Syarikat terpaksa melalui proses pemeriksaa­n ketat termasuk melakukan ujian makmal.

“Penggunaan bahan terlarang seperti antibiotik dalam sektor ternakan udang termasuk ikan dalam kolam dilakukan untuk mengawal wabak penyakit yang akan mengundang kerugian besar kepada penternak.

“Untuk mengawal penyakit daripada terus merebak, penternak di negara ini menggunaka­n pelbagai kaedah pengawalan seperti menggunaka­n bakteria baik dan bahan semulajadi iaitu bawang putih dan air asam jawa.

“Dengan cara itu, udang yang dihasilkan bebas daripada pencemaran dan tidak mengundang masalah untuk dipasarkan,” katanya yang akan terus memberi perhatian terhadap isu itu.

Ismail berkata, kini terdapat 1,200 penternak udang seluruh negara untuk pasaran tempatan dan luar negara kerana udang keluaran Malaysia mendapat permintaan tinggi d luar negara.

Katanya, menjelang

2020 jabatan menyasarka­n 180,000 tan udang dapat dikeluarka­n bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara. Pengeluara­n udang negara pada 2014 ialah sebanyak 67,807 tan bernilai RM1.5 bilion.

“Antara pengeluar utama udang di negara ini ialah Syarikat LKPP Corporatio­n di Pulau Permatang Pauh yang berjaya menghasilk­an kira-kira 4,500 tan setahun dengan pendapatan RM25 juta. Setiap bulan 300 tan dihantar ke Korea.

“Saya harap lebih banyak pengusaha ternakan udang wujud di negara ini dalam usaha memenuhi pasaran antarabang­sa yang terus bertambah setiap tahun,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (dua dari kanan) melihat udang yang diternak.
ISMAIL (dua dari kanan) melihat udang yang diternak.
 ??  ?? UDANG diternak penternak tempatan bebas daripada
pencemaran bahan antibiotik seperti didakwa.
UDANG diternak penternak tempatan bebas daripada pencemaran bahan antibiotik seperti didakwa.
 ??  ?? UDANG yang dijala.
UDANG yang dijala.
 ??  ?? PEKERJA membersihk­an udang.
PEKERJA membersihk­an udang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia