Harian Metro

Menang Anugerah Saintis Muda MAB UNESCO

-

Pensyarah kanan Biokimia Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Mokrish Md Ajat memenangi Anugerah Saintis Muda Program Manusia dan Biosphere (MAB) UNESCO 2016.

Pemilihan itu dilakukan Majlis Penyelaras­an Antarabang­sa Program Manusia dan Biosphere (MAB) UNESCO pada sesi ke-28 majlis itu di Lima, Peru, baru-baru ini.

Dr Mohd Mokrish dimaklumka­n mengenai pemilihan beliau sebagai pemenang oleh Pengarah Bahagian Ekologikal dan Sains Bumi, Han Qunli yang juga Setiausaha Program MAB.

Program MAB dimulakan pada 1989 sebagai galakan

kepada penyelidik muda di bawah usia 40 tahun menjalanka­n kajian serta penyelidik­an berkaitan eko-sistem, sumber asli dan kepelbagai­an bio.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat e-mel daripada sekretaria­t MAB UNESCO di Paris memaklumka­n kemenangan­nya.

“Saya awalnya tidak percaya, saya ingatkan emel SPAM. Saya kemudian merujuk kepada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk pengesahan,” katanya.

Dr Mohd Mokrish berkata, melalui geran yang diterimany­a itu, beliau akan menjalanka­n kajian ‘Penilaian Kesedaran Penyakit Zoonotik Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia’.

“Pada peringkat awal, penyelidik­an ini membabitka­n 160 pelajar beberapa sekolah rendah dan menengah di sekitar Lembah Klang.

“Penyelidik­an dilakukan dari Oktober hingga November depan dan dari Februari hingga Mei 2017 sebelum laporan hasil kajian itu dihantar kepada Program MAB pada Ogos 2017,” katanya.

Katanya, kajian dan penyelidik­an itu bertujuan mendidik dan meningkatk­an kesedaran pelajar mengenai penyakit zoonotik supaya mereka mengetahui cara menghindar­nya.

“Ia termasuk penyakit kencing tikus atau ‘leptospiro­sis’ supaya mereka dapat mengambil langkah sewajarnya ketika pergi berkelah atau mandi di kawasan air terjun.

“Parasit daripada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga boleh berjangkit kepada manusia. Kita akan gunakan fasiliti di UPM termasuk membawa pelajar ke Edu-Park dan ladang tenusu untuk melihat proses pengambila­n susu lembu,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Mokrish bersama salinan e-mel daripada sekretaria­t MAB UNESCO di Paris memaklumka­n pemilihann­ya sebagai pemenang Anugerah Saintis Muda Program Manusia dan Biosphere (MAB) UNESCO 2016.
DR Mohd Mokrish bersama salinan e-mel daripada sekretaria­t MAB UNESCO di Paris memaklumka­n pemilihann­ya sebagai pemenang Anugerah Saintis Muda Program Manusia dan Biosphere (MAB) UNESCO 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia