Harian Metro

PENGALAMAN DI BIRMINGHAM

-

Soalan (S): Sewaktu menjejakka­n kaki di sana, apa cabaran terbesar anda hadapi di universiti dan bagaimana ia mematangka­n anda?

Jawab (J): Bagi saya, apa yang paling mencabar di sini ialah mengubah cara berfikir dan menyelesai­kan masalah. Kaedah pembelajar­an di sini sangat berlainan berbanding di Malaysia.

Sebagai contoh, di sini pelajar kerap bertanyaka­n soalan, malah digalakkan berbincang mengenai topik dibualkan secara logik walaupun tidak berpanduka­n buku teks.

Ia mengubah persepsi saya untuk mendekati masalah dan menyelesai­kannya dengan bertanyaka­n pensyarah daripada terus menerima maklumat dengan cara sedia ada.

S: Di Birmingham, bagaimana keadaan komuniti di sana? Adakah mereka mengalu-alukan umat Islam?

J: Komuniti Islam di sini sangat membantu dan penyayang. Di kampus, Persatuan Agama Islam sangat aktif dan antara yang paling dikenali di seluruh United Kingdom.

Kebanyakan acara diadakan untuk memperkena­lkan Islam kepada dunia dan ramai juga yang bukan Muslim hadir. Baru-baru ini, saya sempat menyambut Aidilfitri di Birmingham dan London. Menariknya, lebih 70,000 Muslim berkumpul menunaikan solat sunat Aidilfitri dan beriadah.

S: Di UK gejala Islamophob­ia tidaklah serius seperti di Amerika Syarikat. Bagaimana anda melihat situasi ini?

J: Yang menariknya di kawasan Birmingham, komuniti Islam sangat besar dan menyokong setiap ahlinya. Sesiapa saja ke sini tidak akan rasa asing malah kedatangan mereka amat diterima orang ramai.

Saya bersyukur dapat menyambung pengajian di sini dan setakat ini masih tiada diskrimina­si atau gangguan daripada orang tempatan yang obses dalam gejala Islamophob­ia.

Boleh dikatakan walaupun saya kini berada jauh dari tanah air, setidak-tidaknya suasana agama itu masih hidup di sini berbanding di beberapa tempat lain.

S: Lokasi tarikan pelancong bagi yang ingin ke Birmingham?

J: Birmingham adalah bandar kedua terbesar di UK tapi kos sara hidup di sini masih sederhana berbanding London atau Edinburgh. Tiada isu kesukaran mencari makanan halal di sini.

Lebih menarik, Cadbury World di sini menjadi pusat tumpuan penggemar coklat selain menjadi rujukan sejarah pengeluara­n coklat dan perusahaan­nya. Lebih 500,000 pelancong hadir ke sini setiap tahun.

S: Adakah anda seorang yang aktif dalam kerja amal di sana? Apa harapan anda?

J: Seronok buat kerja amal dan mendapatka­n sumbangan untuk kanak-kanak sebagai ahli UNICEF di sini. Ia membuka perspektif baru untuk saya melihat dunia dari sudut lebih luas.

Setidak-tidaknya, saya berharap apa saja hasil sumbangan mampu meningkatk­an taraf hidup dan meringanka­n beban kanak-kanak yang memerlukan terutama yang seagama dengan kita.

Zatis dapati komuniti Muslim sangat besar dan saling

menyokong

 ??  ?? ZATIS
INFO
Nama: Zatis Syamila Ahmad Bukhari
Usia: 23 tahun
Pendidikan: MSc Marketing Communicat­ions di Universiti Birmingham
ZATIS INFO Nama: Zatis Syamila Ahmad Bukhari Usia: 23 tahun Pendidikan: MSc Marketing Communicat­ions di Universiti Birmingham
 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA rakan.
BERSAMA rakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia