Harian Metro

Belai kucing dalam kafe

-

DARI MUKA 15

Menariknya, kucing yang terdapat di kafe ini semuanya diberi nama Melayu klasik seperti Embun Kasturi, Bunga Cengkih, Pendekar Bujang, Pendekar Lanang, Badang, Melur, Dayang dan Ciku malah baka yang terdapat di kafe ini bukan saja berbulu panjang, malah kucing kampung turut menjadi antara ‘bintang’ yang dicari pelanggan.

Nor Aziyah berkata, kafe kucing itu mula dibuka pada awal Januari lalu dan penubuhann­ya bukan bersifat perniagaan sematamata sebaliknya mahu berkongsi minat dengan masyarakat terutama yang mempunyai minat terhadap kucing sepertinya.

Katanya, sebelum ini dia mengusahak­an butik di tempat sama selama sembilan tahun, namun dek minat terhadap haiwan itu, dia sanggup menukar butik itu kepada kafe kucing.

“Awal-awal membela kucing tiada niat pun nak buka kafe ini dan saya sendiri membela hampir 30 kucing di rumah. Ada kucing jalanan yang dikutip, ada dibeli dan ada kucing yang diberi oleh kawan.

“Namun, bila buka kafe ini, saya beli lagi dan tambah baka yang tiada kerana mungkin orang ramai yang datang hendak melihat pelbagai baka kucing,” katanya.

Nor Aziyah berkata, kafe itu bukanlah untuk perniagaan semata-mata, tapi sebab minat yang mendalam terhadap kucing serta mahu berkongsi mengenai penjagaan dan kesedaran terhadap kebajikan kucing.

Malah, dia mahu menyedarka­n orang ramai bahawa kucing jalanan yang dikutip juga mampu menjadi cantik dan sihat dengan penjagaan yang betul. Buktinya, ada kucing jalanan dikutipnya kini antara yang sering mendapat tempat terbaik dalam manamana pertanding­an kucing yang disertainy­a.

“Saya suka bawa kucing dalam pertanding­an atau pertunjuka­n lebih-lebih lagi kucing yang diselamatk­an sebab saya nak tunjuk bahawa kucing jalanan adalah cantik. Jika sihat dan gembira, kucing ini jadi cantik.

“Contohnya Cengkih, Lanang dan Lanun adalah antara kucing jalanan yang sering dibawa memasuki pertanding­an dan mendapat tempat antara 10 terbaik. Sebenarnya saya tidak kisah kedudukan mereka, tapi saya nak tunjukkan bahawa semua orang boleh selamatkan kucing dan mampu membela kucing yang dikutip sehingga menjadi cantik,” katanya.

SESI ‘TUGAS’ SI COMEL

Konsep kafe seperti ini tidak asing bagi pencinta kucing dan kebanyakan kafe membiarkan kucing bersama pelanggan, namun kerana kesukaran menjaga, kafe itu meletakkan kucing dalam bilik khas supaya pelanggan yang datang boleh masuk dan bermain dengan kucing selepas atau sebelum makan.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, penumpuan pada kucing di kafe itu melebihi 50 peratus berbanding perniagaan kerana dia mengakui haiwan itu agak susah dijaga. Kucing itu bukan modal perniagaan sebaliknya mereka adalah ahli keluarga yang bekerjasam­a dengannya, itulah cara Nor Aziyah dan kakitangan­nya memandang dan melayan haiwan itu.

Sehingga kini, kafe itu menyediaka­n 17 menu makanan dan berhasrat untuk menambah maksimum 20 menu.

“Sebanyak 36 kucing di sini dengan setiap satu sesi bertugas tak lebih 21 ekor. Mereka ada jadual giliran misalnya Badang, kucing itu agak popular di sini dan pasti dicari orang ramai, jadi kita perlu ada hari cuti untuknya. Dia tak boleh ada di sini setiap hari, nanti dia tertekan dan ganggu jadual makannya.

“Kami tahu sifat setiap kucing di sini kerana masing-masing ada sifat tersendiri. Perubahan sikit pun kami boleh kesan seperti ketika mereka tertekan.

“Selain itu, saya terbabit dengan pusat perlindung­an haiwan secara kecilkecil­an dan kami sokong pemandulan. Jadi, kalau ada pelawat, kami sering bagi nasihat mengenai penjagaan kucing. Jika pelawat tidak mampu menjaga kucing disebabkan banyak faktor seperti tiada masa, rumah kecil atau tidak dibenarkan membela haiwan peliharaan, mereka boleh bantu dari segi tajaan kepada rumah perlindung­an, pemandulan, kos makanan atau rawatan.

“Ada rumah perlindung­an yang fokus mengutip kucing jalanan yang sakit. Rawatan kucing sangat tinggi, jadi inilah yang kita perlu bantu. Pemandulan juga amat penting, kalau kita bagi makan saja dan tidak

 ??  ?? ANTARA menu yang disediakan
di Good Meowning.
ANTARA menu yang disediakan di Good Meowning.
 ??  ?? CENGKIH antara kucing yang sentiasa
menjadi tumpuan pengunjung.
CENGKIH antara kucing yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia