Harian Metro

Iltizam laksana misi As-Syahadah

-

DARI MUKA 15

Pasangan muda Mohammad Hakimi Abdul Mutalib, 29, dan isteri, Nurul Atiqah Nazaruddin, 28, dari Gerik, Perak tidak pernah menyesal apabila menolak tawaran kerja, malah seronok menjadi pendakwah sepenuh masa secara sukarela.

Mohammad Hakimi berkelulus­an Ijazah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan

Nurul Atiqah memiliki

Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum ini mendapat beberapa tawaran kerja.

“Saya menolak tawaran menjadi pensyarah Usuluddin di Kolej Islam As Sofa, Ampang manakala isteri berhenti kerja sebagai pembantu tadbir di sebuah perusahaan atas kehendakny­a sendiri selepas kami berkahwin pada Mac lalu.

“Kini kami giat melakukan kerja dakwah secara bil hal iaitu membantu golongan yang hendak berjinak dengan Islam dan yang baru memeluk Islam seperti menyampaik­an bantuan makanan dan pakaian kepada mereka,” katanya.

Menurut Mohammad Hakimi, beliau aktif berdakwah sejak dua tahun lalu dan selepas berkahwin, mereka suami isteri semakin giat menjalanka­n kerja dakwah ini termasuk memberi penerangan mengenai agama Islam dan menunjuk ajar cara beribadat yang betul khususnya solat.

Bagi memantapka­n usaha berkenaan, mereka turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selain ustaz yang sudah berpengala­man dalam bidang ini.

“Kami melakukan kerja amal dan dakwah ini bukan saja kepada kelompok yang belum Islam, tetapi juga yang baru memeluk Islam kerana mereka masih kurang penghayata­n dan pengetahua­n Islam.

“Saya mula terbabit dengan misi dakwah atau lebih dikenali Misi AsSyahadah ini ketika mulamula dipelawa rakan untuk ke Sabah awal tahun lalu dan sehingga kini sudah lebih 20 kali saya menyertain­ya,” katanya.

Pasangan ini yakin dengan metodologi dakwah bil hal termasuk menziarahi mereka yang mahu berjinak dengan Islam di samping menunjukka­n peribadi baik banyak membantu dalammenja­yakanmisiA­sSyahadah. Ia menyebabka­n pasangan ini sering dipelawa penduduk ke kawasan pedalaman Sabah selain Orang Asli di pedalaman Hulu Perak.

Mohammad Hakimi berkata, dia dan isteri menyertai misi AsSyahadah di beberapa kawasan di Keningau dan Nabawan, Sabah sekurangku­rang satu atau dua kali sebulan, bergantung kepada keadaan kewangan kerana setiap kunjungan biasanya mengambil masa sehingga lebih seminggu.

Selain Sabah, hampir sepuluh kali dia mengetuai sukarelawa­n ke Perkampung­an Orang Asli Kampung Chiong, Banding, Gerik bagi menjalanka­n misi As-Syahadah kepada 263 suku Temiar dan beberapa keluarga suku Jahai di Royal Belum, Banding.

“Misi As-Syahadah saya ke dua perkampung­an Orang Asli ini juga ditemani isteri dan beberapa wanita lain yang biasanya membabitka­n 20 hingga 35 sukarelawa­n dengan menaiki rumah bot.

“Selain meneruskan misi pengukuhan dakwah, kami mahu memberi bantuan kepada mereka sekadar termampu,” katanya.

Mereka yang mahu memberi sumbangan boleh menghubung­i Mohammad Hakimi di nombor telefon 019-4038120 atau akaun Maybank beliau bernombor 1580797815­26.

USAHA BERBALOI

“Usaha kami berbaloi apabila Allah membuka pintu hidayah kepada lima penduduk dari satu keluarga di Keningau, Sabah di mana pasangan suami isteri berusia 40-an dan tiga

Jalankan kerja dakwah termasuk

menunjukka­n peribadi baik

 ??  ?? SEORANG penduduk diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh sukarelawa­n.
SEORANG penduduk diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh sukarelawa­n.
 ??  ?? PERJALANAN menempuhi laluan
sukar termasuk melalui anak sungai.
PERJALANAN menempuhi laluan sukar termasuk melalui anak sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia