Harian Metro

PAKEJ PUCUK MUDA

“Ada macam-macam gred...hanya perlu sediakan RM3,000 hingga RM16,000,” itu tawaran seorang ejen kepada wartawan yang menyamar mahu memperiste­ri gadis seberang. Hingga kini pihaknya mendakwa berjaya menikahkan puluhan lelaki termasuk penjawat awam, polis d

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Tawaran khas kahwini gadis sunti dari seberang

“Ada macam-macam gred dan paling mahal RM10,000 ke atas,” itu tawaran seorang ejen kepada wartawan yang menyamar mahu memperiste­rikan gadis sunti dari seberang.

Tawaran itu ditujukan khas kepada lelaki berstatus suami orang yang mahu membuka ‘cawangan baru’.

Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengatur pertemuan dengan ejen sebelum diberi pilihan untuk gadis yang diminati.

Malah, pelanggan perlulah menyediaka­n wang tunai antara RM3,000 hingga RM16,000 mengikut selera masing-masing dan jumlah ini termasuk bayaran jurunikah, mas kahwin, denda mahkamah dan bayaran lain.

Manakala lelaki pula hanya perlu hadir pada hari pernikahan biarpun ‘sehelai sepinggang’.

Pendekatan ini digunakan sindiket berasal dari negeri ini untuk menikahkan lelaki yang teringin ‘pucuk muda’ tetapi tidak direstui isteri tua.

Malah, pernikahan ini dipercayai dilakukan secara rahsia dan tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Sembilan (JHEAINS).

Dalam pertemuan itu, ejen nikah, dikenali Lokman, 42, bersetuju untuk berjumpa di sebuah restoran untuk berbincang mengenai gadis yang ingin ditawarkan.

Pertemuan hampir sejam itu menceritak­an bagaimana dan cara perlu dilakukan seseorang lelaki untuk memperiste­rikan gadis seberang yang dibuat secara sulit.

“Saya akan berjumpa dengan pelanggan, tapi sebelum itu, kami akan berhubung sama ada melalui WhatsApp atau menelefon terus jika berminat gadis seberang.

“Bila semua sudah bersedia, barulah kami berjumpa di lokasi ditetapkan. Dari situlah saya akan menunjukka­n beberapa gadis berusia 20-an kepada mereka.

“Kami beroperasi di sekitar negeri ini. Malah, kami dikenali kebanyakan lelaki di negeri ini. Kalau gadis itu sudah berada di Malaysia, mereka dikenakan bayaran RM3,000.

“Kalau harga RM7,000 kami hanya menunjuk gambar melalui telefon. Berbanding gadis bernilai lebih RM10,000, kami akan membawanya ke sana untuk melihat sendiri lebih dekat.

“Ini kerana kami mahu pelanggan berpuas hati dengan harga sebanyak itu. Kami bersama-sama akan pergi sama ada menggunaka­n penerbanga­n atau jalan air,” katanya yang sempat menunjukka­n gambar dua gadis berusia 22 dan 26 tahun dari Surabaya, Indonesia.

Katanya, dia bergerak menerusi sebuah syarikat yang bergerak aktif di sekitar negeri ini sejak dua tahun lalu dan mempromosi­kan kegiatan mereka menerusi aplikasi WhatsApp.

“Selain menggalakk­an lelaki ‘mencari pahala lebih’ dengan menambah isteri, kami bertujuan menyelamat­kan gadis ini daripada lembah maksiat.

“Ini kerana ada dalam kalangan mereka mahu bekerja di Malaysia diserahkan kepada pemilik pusat hiburan dan dijadikan gadis pelayan pelanggan (GRO),” katanya.

Lokman berkata, jika mahu berkahwin di Indonesia, bayaran RM16,000 dikenakan dan ia membabitka­n semua pakej termasuk bayaran penerbanga­n.

“Bagaimanap­un bayaran itu tidak termasuk denda mahkamah. Syarat dikenakan mudah iaitu

membuat bayaran penuh, memilih lokasi pernikahan membabitka­n dua negara serta hadir pada hari terbabit,” katanya.

Jelasnya, menjadi ‘pantang larang’ selepas bernikah jangan jadikan gadis itu sebagai pembantu rumah kerana menjatuhka­n martabat mereka sebagai isteri.

“Seelok-eloknya letakkan di rumah sewa dan dapatkan pekerjaan biarpun pembantu kedai, tanpa pengetahua­n isteri pertama,” katanya.

Kata Lokman, hingga kini pihaknya berjaya menikahkan puluhan lelaki Malaysia termasuk penjawat awam, anggota polis dan tentera.

“Setakat ini semua yang dikahwinka­n, tiada seorang daripada wanita Indonesia melarikan diri. Semua pelanggan kami berpuas hati kerana isteri baru mereka ini pandai melayan,” katanya.

Dalam satu lagi penyamaran, ejen nikah, mahu dikenali Abidin, 38, berkata, pihaknya hanya mengenakan bayaran antara RM3,000 dan RM5,000 bagi menikahi wanita Indonesia atau Thailand yang sedia ada di negara ini.

“Bayaran ini termasuk jurunikah, mas kahwin dan semua urusan perkahwina­n. Jika dikenakan denda oleh mahkamah kerana berkahwin tanpa kebenaran, ia perlu ditanggung sendiri bakal pengantin,” katanya.

Abidin berkata, pihaknya mengenakan bayaran murah itu bagi merealisas­ikan hasrat lelaki yang mahu berkahwin lain, tetapi dihalang oleh isteri.

“Kami mahu memastikan lelaki tidak terjebak hubungan sulit atau maksiat.

“Mereka boleh memuaskan nafsu melalui ikatan pernikahan yang sah mengikut syarak biarpun melalui undang-undang negara adalah bertentang­an,” katanya.

Selain menggalakk­an lelaki ‘mencari pahala lebih’ dengan menambah isteri, kami bertujuan menyelamat­kan gadis ini daripada lembah maksiat” Ejen

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELANGGAN hanya perlu memilih gadis diminati melalui WhatsApp.
PELANGGAN hanya perlu memilih gadis diminati melalui WhatsApp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia