Harian Metro

MALAYSIA MACAM SYURGA

„ Ketua Ulama Al-Quran Syria puji usaha rakyat Malaysia tidak henti bantu Syria

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid antara ribuan umat Islam Malaysia yang tidak ketinggala­n menghadiri kuliah beliau.

Sepanjang 20 hari berada di Malaysia sejak 21 Julai lalu, Ketua Ulama Al-Quran Syria Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih, 93, tanpa mengenal erti penat menyempurn­akan hampir 50 ceramah di surau dan masjid seluruh negara termasuk di Sabah.

Hasilnya hampir RM1 juta dikutip sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Syria.

Ikuti temu bual eksklusif wartawan Harian Metro Tuan Asri Tuan Hussein, Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling bersama pemegang sanad tertinggi kitab suci Al-Quran.

Selama 20 hari di Malaysia, bagaimana rumusan Syeikh hasil jelajah di negara ini?

Sebelum datang ke Malaysia, saya hanya mendengar nama negara ini dan tidak dapat bayangan bagaimana rupanya. Negara ini amat cantik, seakan-akan syurga Allah ciptakan di atas muka bumi.

Seakan-akan Allah berikan gambaran awal bagaimana rupa syurga begitulah rupa negara ini dengan pohonnya, air terjun, laut dan kesuburann­ya.

Selain itu saya melihat maklum balas masyarakat Malaysia terhadap isu di Syria teramat baik umpama rakyat Malaysia orang Arab menyayangi Syria bahkan lebih lagi.

Ketika saya berceramah di masjid dan surau negara ini, ramai mengimarah­kan rumah Allah untuk menghadiri majlis ilmu. Rumusannya, orang Malaysia betul-betul beriman kepada Allah dan menyayangi sahabat di Syria.

Syeikh kini tinggal, dijaga dan dilindungi sepenuhnya kerajaan Qatar. Apa yang membuat Syeikh masih menjelajah ke serata dunia termasuk ke Malaysia? Apa rahsia kesihatan Syeikh yang kelihatan bertenaga biarpun berusia 93 tahun?

Jika anda berada di tempat saya dan tahu apa yang berlaku di Syria, pasti akan berusaha walaupun terpaksa merangkak untuk mencari bantuan.

Sebelum konflik berlaku di Syria pada 2011 saya tidak pernah keluar dari Syria. Saya amat dihormati masyarakat berbanding menteri.

Apabila saya sentiasa bercakap benar Presiden Bashar al-Assad berikan pelbagai tawaran supaya tidak terlalu lantang. Tetapi, itu bukan prinsip saya.

Selepas tercetus konflik pada 2011, saya dibawa keluar dari Syria. Saya tidak tahu akan dibawa ke Qatar. Demi Allah jika saya tahu kerana saya tak akan lari keluar dari Syria.

Walaupun mendapat perlindung­an di Qatar, tetapi saya tidak boleh bersenang-lenang.

Gelaran Allah berikan sebagai ulama digunakan untuk membantu umat Islam Syria. Saya takkan melakukan nifaq (bermuka-muka) dalam perkataan diluahkan dengan sesiapa termasuk pemimpin.

Setiap kali letih, apabila mengenangk­an tragedi Syria saya mendapat semangat baru untuk membantu umat Islam di sana.

Saya datang ke Malaysia kerana satu ringgit yang rakyat Malaysia berikan jauh lebih berharga daripada jutaan (duit) Amerika. Ini kerana satu ringgit Malaysia diberikan orang beriman berbanding jutaan wang oleh orang tiada iman kepada Allah.

Saya sudah tiga kali ke Amerika, tetapi bagi saya lebih baik lagi di Malaysia.

Yang mencantikk­an Malaysia adalah keimanan kepada Allah. Sebagaiman­a suburnya pokok durian di Malaysia begitulah suburnya keimanan masyarakat Islam di sini.

Sebagai pemegang sanad tertinggi kitab suci, nasihat kepada umat Islam Malaysia khususnya penyuburan dalam mendamping­i al-Quran?

Saya melihat masyarakat Islam Malaysia secara fitrahnya sukakan agama dan bersifat baik. Cuma satu masalahnya tidak memahami al-Quran. Suka dan minat al-Quran, tetapi tidak faham.

Saya harap ada ulama mengajarka­n mereka memahami seluruh isi kandungan al-Quran termasuk segala hukum-hakam. Jika kita buka al-Quran pasti dapat melihat keindahann­ya menceritak­an segala-gala ciptaan Allah Taala.

Kamu orang Malaysia sudah ada fitrah, namun kena tambahkan ilmu memahami al-Quran.

Elok kamu tidak menjadi orang Arab jika tidak pasti mengalami nasib seperti kami.

Kami diperangi disebabkan al-Quran menggunaka­n bahasa Arab. Kami memegang amanah berat daripada Rasulullah SAW.

Selain itu, rakyat Malaysia terlalu sayangkan ulama. Ramai yang nak peluk dan cium saya. Rasanya, pemimpin negara Arab datang pun takkan dapat sambutan begitu kecuali Erdogan. (Presiden Turki).

Komen Syeikh mengenai usaha NGO Malaysia seperti Muslim Care yang banyak membantu rakyat Syria termasuk mewujudkan sekolah bagi pelarian Syria di sempadan negara dengan Turki?

Saya bersyukur Muslim Care mengambil berat dan memberikan pelajaran. Saya berharap anak Syria yang belajar di sekolah itu tidak melupakan negara asal mereka.

Mereka perlu kembali ke tempat asal membina negara.

Sebab itulah saya katakan saya tak mengharapk­an Amerika, Britain dan negara Eropah lain. Apabila kamu mengambil anak-anak Syria sebenarnya itu usaha menyelamat­kan

akidah mereka daripada diambil NGO bukan beragama Islam negara tertentu itu.

Kamu Malaysia terlalu berharga bagi saya. Teruskanla­h kerja kebajikan dan bersabar menanggung kepayahan.

Pengertian sanad al-Quran, mengapa perlu dipelihara dan kepentinga­nnya untuk disebarkan?

Kepentinga­n sanad dalam agama Islam adalah tinggi. Tidak boleh sambil lewa. Sanad al-Quran bersambung dengan sahabat, Rasulullah SAW, malaikat Jibrail dan Allah.

Saya dengan Nabi Muhammad SAW hanya ada 28 orang saja.

Sanad ini talian yang tidak putus. Dengan sanad ini agama Islam terpelihar­a. Saya pernah ditemu bual majalah Kristian dan antara yang saya jelaskan ialah sanad kitab Injil terputus apabila Nabi Isa diangkat ke langit.

Kitab Injil ditulis semula 200 tahun selepas kejadian itu tanpa sanad seperti Taurat. Bagaimana nak percaya agama yang tiada sanad. Nak mengetahui kebenaran perlu ada sanad. Islam terjaga dengan kekuatan sanad tidak putus.

Yang mencantikk­an Malaysia adalah keimanan kepada Allah Syeikh Muhammad Kurayyim

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAKIL Muslim Care dan wartawan menemu bual Syeikh Muhammad Kurayyim.
WAKIL Muslim Care dan wartawan menemu bual Syeikh Muhammad Kurayyim.
 ??  ?? AHMAD Zahid tekun mendengar kuliah yang disampaika­n Sheikh Muhammad Kurayyim.
AHMAD Zahid tekun mendengar kuliah yang disampaika­n Sheikh Muhammad Kurayyim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia