Harian Metro

Mahkamah ambil masa 5 jam tanda 59 baucar

-

Kuala Lumpur: Perbicaraa­n kes yang masuk hari keempat membabitka­n bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd di Mahkamah Sesyen di sini semalam mengambil masa hampir lima jam untuk menanda sebahagian daripada 59 dokumen berkaitan kes itu.

Pada prosiding semalam, saksi keempat pendakwaan, Penolong Akauntan (Pengurusan Audit) Jabatan Akauntan Negara, Ernie Roslan, 39, mengesahka­n butiran yang terdapat di dalam dokumen yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman.

Dokumen berkenaan adalah baucar bayaran yang dikeluarka­n KBS kepada Majlis Sukan Negara.

Semua dokumen itu disediakan Ernie yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Akauntan Bahagian Kewangan KBS untuk pembayaran program sukan.

Sebahagian daripada baucar yang ditanda, semalam turut mempunyai perakuan (tandatanga­n) daripada tertuduh.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 5 Disember ini untuk sambung bicara.

Otman, 57, yang diwakili peguam Zaid Roslan didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukak­an tuntutan palsu membabitka­n nilai RM38.4 juta, empat tahun lalu.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, dekat sini antara 2 Mei 2012 dan 18 November 2015.

Bagi pertuduhan membuat tuntutan palsu, ia dikemukaka­n mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala pertuduhan salah guna kedudukan, ia dikemukaka­n mengikut Seksyen 23 akta yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Otman turut didakwa bersama suami isteri iaitu ahli perniagaan, Abdul Gafar Abdurahima­n, 42, dan Siti Rohanah Hussien, 42, dan atas 190 pertuduhan membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16.63 juta, empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia