Harian Metro

BBCC, Mitsui Fudosan bangun pusat beli-belah RM1.6b

-

Bukit Bintang City Centre (BBCC) menjalin kerjasama strategik dengan Mitsui Fudosan Asia bagi penubuhan, pemilikan, pengurusan dan operasi syarikat usaha sama (JVCo) untuk membangunk­an pusat beli-belah di BBCC bernilai RM1.6 bilion.

Projek pembinaan pusat beli-belah itu akan bermula pada Januari 2017 dan mengambil masa empat setengah tahun untuk siap serta dijangka memulakan operasi di BBCC menjelang akhir 2020 atau awal 2021.

Dalam projek terbabit, Mitsui Fudosan akan memiliki 50 peratus pegangan JVCo itu manakala selebihnya dimiliki pemegang saham BBCC Developmen­t Sdn

Bhd iaitu UDA Holdings Berhad (UDA), Eco World Developmen­t Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi UDA Holdings, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, UDA berbangga memulakan pembanguna­n di tapak bersejarah itu yang menjadi sebahagian Program Transforma­si Ekonomi (ETP) oleh kerajaan untuk Greater KL sebagai pemacu pertumbuha­n ekonomi.

Beliau berkata, pelan induk bagi projek pembanguna­n BBCC mencermink­an kepakaran rakyat Malaysia dengan kerjasama pakar antarabang­sa dalam menawarkan kualiti hidup, kerja dan perniagaan yang lebih baik.

“Kerjasama ini inisiatif untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi serta bandar raya yang benar-yang terbaik serta bertaraf dunia.

“Sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial ekonomi, UDA juga memberi peluang penyertaan Bumiputera dalam projek BBCC ini dengan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kerja kontrak akan diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal Bumiputera berkelayak­an,” katanya.

 ??  ?? TIMBALAN Pengarah Urusan Mitsui Fudosan, Takehito Fukui (kiri) bersalam dengan Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Developmen­t Sdn Bhd, Datuk Richard Ong.
TIMBALAN Pengarah Urusan Mitsui Fudosan, Takehito Fukui (kiri) bersalam dengan Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Developmen­t Sdn Bhd, Datuk Richard Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia