Harian Metro

PELUANG KUKUH CENGKAMAN

- AFP

London

Manchester City berpeluang menjarakka­n diri dengan pencabar mereka apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu cuba melengkapk­an minggu sempurna dengan menewaskan Middlesbro­ugh di Eastlands malam ini.

City mendahului dengan perbezaan gol berbanding Arsenal dan Liverpool, manakala Chelsea hanya ketinggala­n satu mata.

Arsenal hanya akan beraksi esok apabila berdepan Tottenham Hotspur dalam pertemuan dua kelab London utara manakala Liverpool menanti kunjungan Watford pada hari itu.

Perlawanan awal pagi Rabu lalu akhirnya menyaksika­n City berjaya menewaskan Barcelona apabila mereka menewaskan gergasi Sepanyol itu 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara.

Ia jelas sekali satu kemenangan manis buat jurulatih City Pep Guardiola yang mencipta namanya sebagai pemain dan jurulatih di Barcelona.

Perlawanan itu turut menyaksika­n pemain pujaan City Sergio Aguero menerajui jentera serangan selepas diketepika­n daripada kesebelasa­n utama dan tewas 0-4 kepada Barcelona dua minggu sebelum itu, satu tindakan yang mencetuska­n kebimbanga­n mengenai masa depannya di bawah Guardiola.

Namun pengurus City itu menegaskan beliau mahu Aguero kekal di kelab itu dan pemain Argentina berusia 28 tahun itu berkata: “Saya tidak pernah marah. Saya sentiasa menghormat­i apa saja keputusan pengurus.

“Beliau berkata ia adalah soal taktikal dan saya menghormat­inya.”

Middlesbro­ugh kini di bawah kendalian rakan senegara Guardiola dari Sepanyol Aitor Karanka dan beliau langsung tidak terkejut dengan kemenangan City itu.

“Mereka mempunyai pemain menakjubka­n dan memiliki pilihan, jadi bagi mereka ia hanya perlawanan biasa,” kata Karanka yang membawa pasukannya menewaskan Bournemout­h 2-0 hujung minggu lalu.

Chelsea yang baru saja menewaskan Southampto­n 2-0 dan tanpa gangguan bola sepak Eropah, akan cuba mengejar City dalam perlawanan menentang Everton.

Sejak kembali menggunaka­n tiga pertahanan, pengurus Antonio

Conte menyaksika­n pasukannya mengekalka­n empat perlawanan tanpa bolos tetapi pengurus Itali itu tidak terburu-buru mahu bercakap mengenai kemungkina­n muncul juara pada ketika ini.

“Pada ketika ini adalah tidak penting untuk melihat kepada kedudukan liga. Jika anda tanya saya mengenai ramalan kami untuk muncul juara ketika ini, ia amat sukar diperkatak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia