Harian Metro

TAKTIK KHAS TUNDUK BARCA Bos Gaurus tak sanggup beraksi tanpa penyokong

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Formasi luar biasa diterap Guardiola buat bekas kelab gigit jari

Pertengaha­n minggu ini menyaksika­n perlawanan menakjubka­n Liga Juara-Juara. Pertemuan Pep Guardiola dengan bekas pasukannya Barcelona di gelanggang Manchester City menghadirk­an keputusan selesa. Keputusan serta persembaha­n City begitu baik ditampilka­n berbanding ketika aksi di Nou Camp.

Mungkin perlawanan pertama itu tidak harus menjadi sukatan kerana penjaga gol City Claudio Bravo dilayangka­n kad merah pada minit ke-53. Sejurus selepas itu, Barcelona terus membenamka­n pasukan bimbingan Guardiola yang menyaksika­n Lionel Messi menjaringk­an hatrik.

Pengendali City Guardiola yang membina konsep permainan luar biasa di Barcelona menghadapi tekanan kerana tidak mempunyai ‘penawar’ ketika itu. Tapi kali ini beliau berjaya mencipta penawar dengan menukar formasi bagi menghadapi strategi 4-3-3 yang dimahirkan

Kuala Lumpur: Barcelona.

Dengan menurunkan formasi 4-1-4-1, Guardiola menunjukka­n cara bagaimana untuk menewaskan bekas pasukannya. Barisan Willy Caballero: Pablo Zabaleta, Nicolas Otamendi, John Stones, Alexandar Kolarov: Fernandinh­o: Raheem Sterling, Ilkay Gundogan, David Silva, Kevin de Bruyne: Sergio Aguero memberi kelebihan kepada mereka dengan adanya barisan pemain empat lapis berbanding tiga bagi formasi 4-3-3 Barcelona.

Bulan lalu, Guardiola menurunkan formasi 4-3-3 tapi jelas kekalahan 4-0 itu membuktika­n kemahiran Barcelona yang selesa dengan formasi berkenaan.

Pemain tengah Brazil, Fernandinh­o menjadi faktor penting kerana menjadi ‘front sweeper’ sewaktu City bertahan. Dia juga menjadi pemain tambahan dengan ‘overload’ di bahagian midfield sewaktu City menyerang. Jadi tidak menghairan­kan Fernandinh­o dikeluarka­n selepas genap 60 minit perlawanan untuk digantikan dengan Fernando meneruskan intensiti seperti dipertangg­ungjawabka­n.

Sudah lama Barcelona tidak ditewaskan dan jika ada, itupun dengan corak permainan negatif serta kelebihan bertahan. Dan inilah kali pertama Barcelona ditewaskan pasukan yang beraksi lebih baik daripada mereka. Tidak menjadi kebetulan pula perkara ini dilakukan oleh bekas arkitek pasukan gergasi Sepanyol itu.

Mungkin ini bakal menjadi strategi City untuk aksi seterusnya dengan membariska­n empat pemain ‘attacking midfield’ yang menyokong seorang penyerang utama. Kita dapat lihat penyerang Argentina, Sergio Aguero sudah bermula bekerja keras dengan menjadi barisan pertama pertahanan dan perkara ini banyak membantu pasukannya.

Hanya persembaha­n Raheem Sterling yang tidak konsisten sepanjang 90 minit itu. Pemain Inggeris ini memang diberi pujian media British tapi jelas pemain sayap ini bukan bertaraf dunia. Dia dikeliling­i David Silva, Kevin de Bruyne serta Ilkay Gundogan dan Sergio Aguero yang semuanya bertaraf dunia, tapi Sterling tidak mempunyai ciri-ciri seperti mereka.

City sudah memiliki seorang pemain yang bakal menggantik­an Sterling dengan Leroy Sane dijangka diberikan lebih masa untuk beraksi dalam masa terdekat. Pemain Jerman ini sudah membuktika­n kebolehann­ya dalam Bundesliga dan menjadi ahli skuad kebangsaan bimbingan Joachim Loew.

Apa yang menarik, Guardiola sudah berjaya mengalahka­n corak permainan ciptaannya sendiri. Adakah ini bermakna kita akan dapat menyaksika­n sesuatu yang baru dari jurulatih paling pintar di dunia ini? Ipoh: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan membuat rayuan susulan keputusan Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengarahka­n skuad Seladang bermain tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri.

Keputusan itu dibuat susulan penyokong The Bos Gaurus bertindak di luar kawalan ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Perak, 6 Ogos lalu.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pihaknya akan tampil membuat rayuan dalam masa dibenarkan dengan mengemukak­an beberapa bukti kerana hukuman dikenakan itu agak berat.

“Hukuman itu dibuat kerana kawalan keselamata­n dikatakan kurang malam itu sedangkan kami ada lebih 1,000 anggota keselamata­n bertugas termasuk polis dan RELA,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya sedang menguatkan barisan pemain dengan menekankan sokongan penonton amat penting untuk meraih kemenangan.

“Kami amat memerlukan pertolonga­n penonton untuk kemenangan. Sekiranya bermain tanpa penonton, ia akan merugikan semua pihak,” katanya.

Ditanya sama ada PAFA akan menghalang penyokong luar dari memasuki Stadium Perak, Abdul Puhat berkata ia tidak akan berlaku kerana sukan adalah tempat untuk penonton bersatu dan memperoleh keseronoka­n.

“Sekiranya keadaan memaksa, sebagai langkah terakhir, kami hanya akan mengehadka­n jumlah penonton lawan tapi tidak akan menghalang,” katanya. - BERNAMA

 ??  ?? GUARDIOLA miliki strategi ampuh imbangi kehebatan Barcelona.
GUARDIOLA miliki strategi ampuh imbangi kehebatan Barcelona.
 ??  ?? SAFIQ (kanan) tidak mahu PBNJ keluar duit bayar denda.
SAFIQ (kanan) tidak mahu PBNJ keluar duit bayar denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia