Harian Metro

INTIP LAWAN

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Dua minggu sebelum kempen Piala AFF 2016 bermula di Yangon, Myanmar menjadi detik cukup penting buat pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee bukan saja untuk mempersiap­kan pasukan malah untuk memantau perkembang­an pasukan lawan.

Menurut pengendali berusia 45 tahun itu, beliau merancang menghantar pembantuny­a untuk ‘mengintip’ persiapan pencabar mereka dalam Kumpulan B iaitu Myanmar,

Kemboja.

“Kita sebenarnya sudah pantau perkembang­an pasukan lawan kita sebelum ini seperti Myanmar dan Vietnam. Selepas ini memang ada dalam perancanga­n untuk menghantar penolong saya pergi menyaksika­n perlawanan mereka.

“Fokus kami adalah untuk mempersiap­kan pasukan tapi dalam masa sama penting untuk mendapatka­n maklumat mengenai lawan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Seperti skuad Harimau Malaysia, pasukan tuan rumah Myanmar turut melakukan persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan pemanas

Vietnam

dan badan menentang Indonesia semalam dan Oman pada 14 November ini.

Pasukan pilihan Vietnam turut mengasah kuku dengan mengatur pertemuan dengan Indonesia pada 9 November selepas mengadakan latihan pusat di Korea Selatan manakala pasukan yang layak beraksi di Piala AFF selaku juara pusingan kelayakan Kemboja berdepan Singapura dalam aksi persahabat­an antarabang­sa pada 13 November.

Skuad kendalian Kim Swee akan menyambung latihan seperti biasa hari ini selepas mengadakan kem motivasi di Port Dickson, Negeri Sembilan, bermula Rabu lalu.

Bekas jurulatih Harimau Muda A itu berkata, fokus latihan selepas ini adalah taktikal permainan bagi persediaan menentang Papua New Guinea pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Shah Alam pada 14 November ini sebelum berlepas ke Yangon dua hari kemudian.

“Saya berpuas hati dengan komitmen pemain dalam kem motivasi ini. Saya percaya program itu berjaya mengeratka­n lagi hubungan antara pemain serta meningkatk­an semangat berpasukan.

“Selepas ini saya akan menumpukan kepada aspek taktikal dan saya percaya pemain ketika ini lebih ‘bertenaga’ untuk mengharung­i latihan dan saingan yang panjang,” kata Kim Swee.

„ Kim Swee hantar ‘spy’ pantau perkembang­an

pesaing Kumpulan B Piala AFF

 ?? Ong Kim Swee ?? JURULATIH memberi penerangan kepada pemain.
Ong Kim Swee JURULATIH memberi penerangan kepada pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia