Harian Metro

GEN.Y Kerinduan waktu silam

- NOOR AZAM AB AZIZ 1-300-22-6787 SAMB: 4759 03-20567083/7084

Kenangan zaman kanak-kanak berbeza berbanding sekarang

Teknologi makin berkembang begitu juga cara kita bersosial dengan orang sekeliling. Dulu perjumpaan sering diiringi gelak tawa. Bayangkanl­ah, interaksi banyak dilakukan depan mata jadi keriangan itu lebih terasa.

Bukan hanya hubungan sosial bahkan setiap kenangan zaman kanak-kanak (Gen Y) banyak menyedarka­n kita betapa beruntungn­ya dapat melalui fasa itu yang tidak bergantung pada teknologi. Perhatikan situasi di bawah.

Indahnya tanpa telefon pintar

Masih ingat kenangan pada 10 tahun lalu? Pada ketika itu telefon pintar belum membuat kemunculan begitu juga peranti pintar lain. Kita tidak bergantung kepada teknologi untuk mencari kenalan apa lagi bergembira bersama rakan.

Interaksi sosial sangatlah seronok apabila kita berusaha berjumpa dengan kawan biarpun jarak jauh memisahkan. Paling tidak pun, bagi yang bercinta pula akan menggunaka­n surat dengan sapuan bedak di dalamnya. Sangat kreatif!

Bukan itu saja, masa senggang kita banyak dihabiskan di padang. Main kejar-kejar, baling selipar, ‚polis sentri‘ antara aktiviti yang sering menjadi ikutan remaja sedekad lalu.

Bawa gajet ke sekolah

Bagi mereka yang lahir tahun 1990-an, waktu inilah kenangan Universiti Qingdao Binhai di Shandong, China antara institusi pengajian yang mempunyai kod etika agak sukar dipatuhi. Mana tidaknya, setiap pelajarnya dilarang berpeganga­n tangan atau berpelukan di khalayak ramai.

Jika ada yang melanggar peraturan, mereka bakal berdepan hukuman denda atau zaman kanak-kanak diingati sehingga kini. Apabila tiba penggal akhir persekolah­an, masing-masing sibuk ‘menunjuk-nunjuk’ gajet dibeli ibu bapa.

Gajet seperti digivice, gameboy dan bermacam lagi hiburan berbentuk fizikal menjadi pilihan kita semua. Kad animasi Jepun dibawa untuk bertarung menentukan koleksi siapa lebih hebat. Bagaimana mungkin kita melupai semua memori indah itu?

Seronoknya cinta monyet

Saat percintaan pada zaman persekolah­an pula, segalanya indah kerana apa saja dialami hanya diketahui teman rapat saja. Tidak paling teruk, digantung daripada menyambung pengajian.

Kod itu termasuk melarang siswa menolong siswi membawa beg, berkongsi dulang di kafe kampus ataupun mendengar muzik menggunaka­n fon telinga. seperti situasi hari ini yang cinta monyet dicanang dalam media sosial hingga mengundang komen negatif dan diviralkan pihak tidak sepatutnya.

Bagi lelaki pula, ucapan sayang itu sangatlah mahal kerana mereka selalu mengucapka­nnya di depan gadis pilihan kerana tiada kemudahan teknologi ketika itu. Gadis pula tersipu malu mendengarn­ya.

Itu semua antara kenangan golongan yang lahir pada era 1990an. Penulis pasti sedikit sebanyak kita gusar dengan situasi sekarang apabila teknologi mungkin menyekat keindahan sebenar manusia berinterak­si. Sama-sama kita renungkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia