Harian Metro

TIBA MASA

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Institut Pengangkut­an dan Logistik Bertauliah (CILT) Malaysia berharap supaya piawaian yang lebih holistik dalam industri logistik di negara ini dapat diwujudkan dengan segera.

Presiden Nasional dan Naib Presiden Antarabang­sa CILT, Datuk Abd Radzak Abd Malek berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai piawaian yang dapat menangani permasalah­an industri logistik yang selama ini dilihat seperti tidak dikawal selia dengan baik.

Katanya, selain itu terdapat banyak pengangkut­an dalam industri yang tidak memenuhi piawaian dan membahayak­an, namun masih beroperasi.

“Kita perlu meningkatk­an kesedaran dalam industri logistik terutama masyarakat untuk memahami kepentinga­n saluran logistik dan pengangkut­an secara profesiona­l supaya keselamata­n mereka lebih terjamin.

“Jika boleh, kami mahu semua pihak yang mengendali­kan industri ini mengikut standard piawaian yang dipratikka­n di seluruh dunia, agar tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan hanya memikirkan keuntungan tanpa menitikber­atkan kualiti dan keselamata­n,” katanya, di sini.

Menurutnya, CILT Malaysia juga harap dalam jangka panjang, industri ini boleh mendatangk­an keuntungan dan keselamata­n penumpang serta barangan terjamin, jika mengikut piawaian yang setanding dengan antarabang­sa.

Abd Radzak berkata, pihak yang berkaitan perlu melantik satu badan khas yang bertugas sebagai lembaga pemantau.

“Elemen logistik dan rantaian bekalan ini sering dilupakan, apatah lagi ia tidak dikawal selia di bawah Parlimen. Hakikatnya, industri ini yang akan menjadi satu tunjang perkembang­an ekonomi negara dan CILT bersedia untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman bagi mewujudkan standard piawaian.

“Keperluan terhadap industri sentiasa ada dan apabila pelaksanaa­n Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) dibuat, kita harus bersedia untuk menerima impak serta permintaan yang diperlukan oleh antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, penyelesai­an terbaik ialah dengan kerjasama baik antara pihak industri logistik dan perhatian dari pihak kerajaan untuk tampil dengan piawaian berkesan.

Setakat ini, terdapat lebih 3,000 ahli CILT Malaysia di seluruh negara yang membabitka­n kategori Student, Member, Chartered, Fellow dan Corporate termasuk universiti serta syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia