Harian Metro

Pilihan tepat swafoto

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Pelakon Fattah Amin menyifatka­n ciri kamera baru dengan 16 megapiksel, dwifokus dan apertur f/1.7 menjadi daya penarik Oppo R9s.

“Semua orang gemar berswafoto dan Oppo menjadi pilihan tepat untuk berbuat demikian,” katanya ketika pelancaran model R9s di sini, semalam.

Fattah dilantik menjadi duta R9s untuk pasaran Malaysia selain pelakon Korea, Lee Min-ho.

Selain Fattah, model Amber Chia juga dilantik menjadi duta wanita bagi Oppo R9s.

Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Malaysia William Fung berkata, kejayaan beberapa model sebelum ini membuktika­n inovasi syarikat.

“Oppo yang tidak asing kepada dunia telefon kamera inovatif, dahulu memperkena­lkan telefon pintar N3 yang menggunaka­n teknologi kamera berpusing yang berkeboleh­an mengesan objek bergerak bersama kanta yang disahkan oleh Schneider Kreuznach.

“Selain itu, F1s mendapat maklum balas positif dan jualan yang luar biasa, sebab itu kali ini kami memperkena­lkan peningkata­n yang besar untuk kamera belakang 16MP R9s yang membolehka­n pengguna untuk merakam objek yang bergerak dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata, memandangk­an tahun ini adalah tahun fotografi mudah alih, Oppo Malaysia ingin memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang mampu merakam gambar dengan lebih jelas dan terang menggunaka­n R9s.

Model R9s mempunyai teknologi pengecasan pantas VOOC dan pengimbas cap jari pantas.

„ Telefon pintar Oppo R9s miliki kamera 16 megapiksel, dwifokus dan apertur f/1.7

Kamera baru Oppo R9s menggunaka­n sensor IMX 398 terbaharu dan teknologi Dwi-PDAF.

Model berkenaan mempunyai kuasa pemprosesa­n Qualcomm octa-core, RAM sebanyak 4GB dan storan 64GB yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 128GB.

R9s mempunyai skrin 5.5 inci yang dijual dengan dua warna iaitu emas dan emas ros pada harga RM1,789.

 ??  ?? FATTAH Amin (tiga dari kanan) dan Amber Chia (tiga dari kiri) bersama Fung pada pelancaran telefon pintar Oppo R9s.
FATTAH Amin (tiga dari kanan) dan Amber Chia (tiga dari kiri) bersama Fung pada pelancaran telefon pintar Oppo R9s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia