Syazlin berpanas, berhujan demi melaka
FAM, namun bibit kerinduan untuk hadir ke stadium bersama puluhan ribu penyokong tidak pernah padam walaupun pasukan itu gagal melangkah ke Liga Perdana musim itu.
“Namun Alhamdulillah sokongan tidak pernah terhenti itu berbaloi selepas skuad Hang Tuah muncul juara Liga FAM 2015 diikuti menjulang Liga Perdana
2016 dan mara ke Liga Super 2017,”katanya yang berasal dari Tanjung Kling, Pantai Puteri.
Menurutnya, dia juga sanggup berada 90 minit di dalam stadium dan ketikanya lebih awal ada demi memastikan suaranya mampu menyumbang kepada kemeriahan sokongan peminat dalam menyuntik semangat kepada pemain beraksi di padang.
“Rasa janggal anak dara ke stadium hilang apabila kebiasaan kami mesti duduk berempat di bangku penonton dengan kemahuan dan kecenderungan minat yang hampir sama. Apa yang pasti saya dan adik saya amat fanatik kepada pasukan MU dengan sanggup menangis jika skuad berkenaan tewas pada perlawanan penting.
“Ia saya anggap sebagai terapi jiwa dengan akhirnya mampu untuk menerima kekalahan sekali gus membentuk semangat keterujaan dan keseronokan yang sukar digambarkan terutama ketika MU menjulang piala Liga Perdana,” katanya gembira.
Apapun, dia mengakui sokongan warga Melaka kepada pasukan terbabit kian menggila terutama selepas layak ke Liga Super musim depan, seperti yang digambarkan menerusi persediaan fizikal dan mental penyokong untuk bersama-sama menawarkan sokongan tidak berbelah bahagi menepati cogan kata ‘Amuk Si Jebat’, Gegau Melaka Gegau.
Baginya, banyak perkara dipelajari ketika hadir ke stadium termasuk cara membeli tiket, gaya permainan, nama pemain, pasukan lawan serta info membabitkan sukan berkenaan yang sebelumnya asing buatnya.
Dia yang pada mulanya hanya mengikut pelawaan ayah dan ibunya untuk sekadar melihat gelagat penyokong di stadium, tidak pernah menduga detik itu menjadi permulaan minatnya yang berputik, sehingga dia pula yang meminta mereka membawanya ke venue perlawanan.
Malah reaksi terpegun melihat gaya penyokong sebelum ini, tidak pernah diduga menjadi sebahagian daripada perwatakan dirinya, adik dan sepupunya ketika mereka menonton perlawanan sehingga ada ketikanya ramai penyokong yang hadir melihat gelagatnya di tempat duduk.