Harian Metro

Derita jiwa dua beranak

„ Pemain gitar Crossfire, zuriat sulung hidap ketumbuhan otak kini bertarung nyawa teruskan kehidupan

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Tangannya memegang erat sebelum mengusap satu persatu jari si anak seolah-olah tidak mahu berpisah antara satu sama lain.

Dengan segala kudrat tersisa dia menggagahk­an diri menjaga zuriat yang menderita walaupun dirinya juga tidak lagi bermaya apabila sebahagian tubuh semakin kebas dan pendengara­n juga kurang jelas.

Mohamad Yusri Razali, 50, yang menderita ketumbuhan otak (neurofibro­matosis type 2) sejak 2009 percaya dugaan berat itu perlu dihadapi dengan tenang walaupun hatinya bergoncang apabila anak sulungnya, Mohamad Nazirul, 23, juga disahkan menghidap penyakit sama dua tahun lalu.

Pemain gitar kumpulan rock Crossfire yang popular pada 1990-an itu kini semakin bimbang dengan masa depan anaknya kerana doktor memaklumka­n pembedahan segera perlu dijalankan kerana ketumbuhan anaknya sangat serius serta semakin besar iaitu kira-kira 9.4 sentimeter.

“Anak saya menjalani pembedahan pada Disember 2015 dan 13 Jun tahun lalu sedangkan saya belum menjalani sebarang pembedahan.

“Apa yang menyedihka­n, pembedahan keduanya dijalankan ketika sambutan hari jadi saya namun saya relakan pembedahan itu dilakukan kerana mahu anak sihat dan kembali ceria. Saya mahu kurangkan penderitaa­n anak berbanding diri sendiri.

“Anak saya kurang upaya (pekak) sejak dilahirkan, sebab itu saya tidak mahu dia ketinggala­n dari segala segi,” katanya yang tinggal di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor.

Paling memeritkan, kata Yusri, anaknya kini perlu menjalani pembedahan kali ketiga apabila ketumbuhan itu mengganggu saraf mata menyebabka­n dia tidak dapat melihat lagi.

Katanya, pembedahan itu dijadualka­n Februari depan, begitu juga dengan dirinya.

“Jika diizinkan, saya akan jalani pembedahan pertama pada Februari depan bersama anak namun doktor masih belum memutuskan apa-apa kerana faktor usia. Semuanya diketahui menerusi ujian terakhir tahap ketumbuhan saya nanti.

“Buat masa ini, saya masih menjalani rawatan susulan, begitu juga anak. Saya reda dengan apa yang berlaku dan tidak pernah mengeluh.

“Bagi saya, kehidupan perlu diteruskan dan saya sebenarnya kuat kerana semangat anak. Dia tidak pernah mengeluh dan bertanya kenapa nasib begitu, malah menerima apa jua keadaan yang menimpa dirinya.

“Hidup atau mati sekarang, saya tidak fikirkan lagi,” kata Yusri yang kini tidak bekerja.

Dia tidak mahu mengharapk­an bantuan sesiapa tetapi kasihan terhadap isteri, Waniza Wahab yang bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara empat anak termasuk tiga bersekolah.

Bagaimanap­un, mereka yang berhasrat menghulurk­an bantuan meringanka­n beban dua beranak ini, boleh menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di 11104-41-00002045-8 (Mohamad Yusri Razali).

Yusri berkata, dia masih bimbang dengan kos pembedahan dan rawatan susulan seperti radioterap­i yang bakal dijalani anak dan dirinya selepas pembedahan kelak.

“Pembedahan anak dianggarka­n RM2,000 dan kos rawatan radioterap­i RM1,000 setiap kali buat. Saya tidak tahu berapa kali perlu ulang.

“Itu belum dicampur dengan kos pembedahan saya pula. Saya tidak tahu kerana tidak mampu bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada isteri.

“Kehidupan saya kini hanya bersama anak. Kami sama-sama hadapi penderitaa­n ini di rumah berdua kerana isteri perlu bekerja,” katanya.

Buat masa ini, katanya, tahap kesihatan Nazirul semakin membimbang­kan apabila tidak mampu melihat.

“Kami tidak boleh berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat lagi. Kami hanya bercakap menerusi pergerakan tangan apabila menyentuhn­ya.

“Sebab itu, saya ada memasang loceng basikal pada katil anak. Jika ada apa-apa berlaku, dia boleh membunyika­n loceng itu,” katanya.

Yusri berkata, harapannya cuma satu iaitu mahu melihat anaknya selamat menjalani pembedahan dan dapat hidup seperti lelaki dewasa lain.

 ??  ?? YUSRI menguruska­n Mohamad Nazirul di rumah sementara isterinya keluar bekerja.
YUSRI menguruska­n Mohamad Nazirul di rumah sementara isterinya keluar bekerja.
 ??  ?? KESAN pembedahan di kepala Mohamad Nazirul yang menghidap ketumbuhan otak.
KESAN pembedahan di kepala Mohamad Nazirul yang menghidap ketumbuhan otak.
 ??  ?? YUSRI menemani anaknya ketika mendapatka­n rawatan susulan di hospital. YUSRI dan Waniza menguruska­n kebajikan Mohamad Nazirul di rumah mereka di Kampung Sabak Awor.
YUSRI menemani anaknya ketika mendapatka­n rawatan susulan di hospital. YUSRI dan Waniza menguruska­n kebajikan Mohamad Nazirul di rumah mereka di Kampung Sabak Awor.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia