Harian Metro

Restoran tak halal pamer ayat Quran

-

Batu Gajah: Tindakan pemilik premis menggantun­g ayat al-Quran dipercayai bertujuan mengaburi pelanggan beragama Islam terbongkar selepas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) melakukan pemeriksaa­n di premis itu dan mengesahka­n ia tidak halal, kelmarin.

Premis itu yang juga restoran terkenal di daerah ini tular di laman sosial selepas status halalnya dicurigai dengan dakwaan menyediaka­n sajian tidak halal kepada pelanggan.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, Ahmad Ahrazzuddi­n Ahmad Hamdan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaa­n selepas menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai status halal premis berkenaan.

Katanya, pemeriksaa­n itu disertai pegawai daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Daerah Batu Gajah.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati pemilik premis itu bukan beragama Islam manakala enam daripada 11 pekerjanya juga bukan beragama Islam.

“Mereka licik memakai kopiah bertujuan mengaburi mata pelanggan agar status agama mereka tidak diragui,” katanya.

Ahmad Ahrazzuddi­n berkata, pihaknya turut menemui bungkusan daging kambing yang tidak mempunyai logo halal dipercayai dibekalkan syarikat yang tidak mempunyai sijil halal.

Katanya, pihaknya menyita daging kambing itu dan melakukan siasatan mengenai status halalnya. “Kami juga menyita bingkai yang mempunyai tulisan ayat al-Quran yang digunakan untuk menarik pelanggan beragama Islam.

“Kes disiasat mengikut Perintah 4 (1) dan (2) Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011,” katanya ketika dihubungi.

Isu premis makanan itu tular di laman sosial sejak lima hari lalu dengan dakwaan menggunaka­n campuran daging babi dengan daging kambing dalam hidangan untuk pelanggan.

Premis itu juga dipercayai dikunjungi ramai pelanggan beragama Islam yang terpedaya dengan muslihat premis meletakkan bingkai ayat al-Quran bagi mengaburi status halalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia