Harian Metro

Nasi lemak lipas

„ Premis abai kebersihan, 7 pekerja tidak ambil suntikan TY2

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Nasi lemak ‘berlaukkan’ lipas. Itu bukan nama menu eksotik tetapi menggambar­kan keadaan jijik sebuah premis makanan di USJ 10, di sini.

Premis yang menjadi tumpuan penggemar nasi lemak itu didapati dalam keadaan kotor sebelum diarahkan tutup serta-merta malam kelmarin, susulan isu kualiti kebersihan.

Dalam operasi dijalankan Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) bermula jam 8 malam, premis itu yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan mempunyai persekitar­an kotor diserbu secara mengejut.

Difahamkan, dalam pemeriksaa­n itu, MPSJ menemui lipas di beberapa bahagian premis selain makanan yang dihidangka­n dimasak sejak pagi terdedah kepada lalat.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, MPSJ memeriksa tahap kebersihan premis makanan ini yang diragui hasil maklumat diterima.

“Ini bukan kali pertama premis itu diperiksa berikutan premis sama pernah diarahkan menutup operasi mereka selama tiga hari atas masalah kebersihan.

“Dalam pemeriksaa­n dijalankan, kami menemui lipas di peti ais di dapur dan tempat penyediaan air minuman,” katanya.

Menurutnya, premis itu turut menggaji warga asing dan didapati mengabaika­n aspek kebersihan apabila tujuh daripada 16 pekerja yang diperiksa tidak mengambil suntikan tifoid (TY2) yang menjadi keutamaan kepada pekerja di sektor makanan.

“Penemuan lipas, pekerja yang tidak mengambil suntikan serta makanan yang terdedah memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan pelanggan.

“Justeru, kami mengarahka­n premis ini tutup serta-merta mengikut peruntukan ditetapkan mengikut Akta Undang-Undang kecil 62(1) 2007.

“Kami juga melakukan pemeriksaa­n ke atas tujuh premis lain membabitka­n sebuah premis yang tidak mempunyai lesen dan enam premis yang mempunyai masalah kebersihan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa MPSJ menemui lipas di bahagian dapur premis yang kotor.
ANGGOTA penguat kuasa MPSJ menemui lipas di bahagian dapur premis yang kotor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia