Harian Metro

Sarjan mati di bilik senjata

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

„ Anggota polis baru pindah dua minggu ditemui kaku dengan tiga kesan peluru

“Sepanjang 51 tahun usianya, dia tidak pernah berjauhan dengan keluarga, malah kejadian ini berlaku selepas dua minggu dipindahka­n ke sini,” kata lelaki hanya mahu dikenali Din, 53, mengenai bapa saudaranya yang ditemui mati di dalam sebuah bilik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Sarjan Mejar Abu Bakar Pender yang baru bertugas di IPD itu pada 1 Januari lalu ditemui rakan setugasnya dalam keadaan telentang di dalam bilik bengkel persenjata­an IPD dengan kesan kecederaan akibat tembakan di dada, rusuk dan pinggang kiri.

Mengulas mengenai kejadian itu, Din berkata, dia dihubungi ibu saudara, Norliza Tasim untuk menuntut jenazah suaminya di sebuah hospital di Johor Bahru.

“Ibu saudara meminta saya ke bilik mayat hospital selepas dimaklumka­n suaminya meninggal dunia.

“Dengan diiringi anak (Mohd Basyar, 19) dan seorang sepupu (Azman Ahmad, 45) kami datang ke hospital ini untuk menuntut jenazah meskipun tidak mengetahui kejadian sebenar,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Din berkata, kali terakhir dia bertemu bapa saudaranya itu pada Sabtu lalu dan meluangkan masa tiga jam untuk bersarapan di sebuah restoran berdekatan tempat kerjanya.

“Pertemuan itu untuk bertanya khabar mengenai keadaannya selepas dua minggu dipindahka­n ke IPD berkenaan selepas dinaikkan pangkat,” katanya.

Menurutnya, bapa saudaranya turut meluahkan perasaan kecewa kerana tidak dapat tinggal di kuarters IPD berkenaan.

“Dengan keadaan isteri dan keluargany­a yang tinggal di Seremban Negeri Sembilan, mungkin kuarters berkenaan sangat diperlukan. Arwah juga pernah menyuaraka­n terkilan kerana pernah dijanjikan kediaman milik kerajaan itu ketika mula ditawarkan bertugas di negeri ini, namun sebaik berpindah ke sini, ia tidak seperti diharapkan,” katanya yang dimaklumka­n kejadian itu ketika mahu ke tempat kerja.

Katanya, sebelum itu, bapa saudaranya itu tinggal sementara di rumahnya di Pasir Gudang namun mengambil keputusan berpindah ke rumah sewa diduduki bersama rakan setugas di IPD sama.

Menurutnya, bapa saudaranya mempunyai empat anak berusia 16 hingga 26 tahun adalah seorang yang periang, mudah mesra dan gemar bergaul dengan sesiapa saja.

Jenazah bapa saudaranya dikebumika­n di Makam Syeikh Muhammad Said, Seremban selepas urusan bedah siasat selesai.

 ??  ?? AHLI keluarga dan rakan setugas menunggu jenazah untuk dibawa pulang.
AHLI keluarga dan rakan setugas menunggu jenazah untuk dibawa pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia