Harian Metro

Dilanyak pengawal peribadi Datuk

-

Ampang: Seorang pemandu lori lembik dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi seorang individu bergelar Datuk gara-gara mangsa terlanggar kenderaan milik Datuk terbabit.

Difahamkan kemalangan berlaku berhampira­n tepi pondok pengawal di sebuah kondominiu­m di Bukit Antarabang­sa, di sini, jam 2.15 petang Sabtu lalu.

Kejadian menjadi tular apabila rakaman video pergaduhan terbabit dimuat naik di media sosial hingga mencetuska­n reaksi orang ramai.

Menerusi rakaman video berdurasi 2 minit 49 saat itu, mangsa tidak berdaya disepak dan ditendang lima lelaki hingga menyebabka­n dia terbaring di atas jalan.

Malah, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak agresif dengan memukul individu yang merakam kejadian itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superinten­dan Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung insiden itu daripada pengawal keselamata­n kondominiu­m berkenaan.

Katanya, polis dimaklumka­n pergaduhan berpunca akibat salah faham.

“Mangsa mengundurk­an lori sebelum terlanggar kereta Mercedes Benz dinaiki empat lelaki. “Akibatnya mangsa berusia berusia 25 tahun yang mahu menghantar barangan runcit ke kedai berhampira­n dibelasah teruk.

“Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesai­kan masalah itu, tetapi polis akan membuka kertas siasatan berdasarka­n laporan dibuat pengawal keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

 ??  ?? MANGSA yang terbaring tidak berdaya melawan sekumpulan lelaki.
MANGSA yang terbaring tidak berdaya melawan sekumpulan lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia