Harian Metro

Alat sulit bayi boleh dirawat

-

Kota Bharu: Hypospadia­s atau ketidaknor­malan alat sulit yang berlaku kepada bayi lelaki masih boleh dirawat.

Alat sulit itu boleh menjadi normal jika rawatan sempurna diberikan lebih awal.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, Malaysia mempunyai teknologi rawatan bagi membaiki ketidaknor­malan berkenaan di hospital utama negara yang membabitka­n kos tinggi.

Beliau pernah merawat lebih tiga pesakit berkeadaan demikian dan semua mereka kini menjalani kehidupan sebagai lelaki normal, sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Hypospadia­s ini keganjilan yang berlaku pada anggota kelamin lelaki apabila ia dilihat seakan-akan alat sulit perempuan, tetapi ia bukan penyakit malah boleh dipulihkan dengan beberapa siri pembedahan plastik oleh pakar.

“Bayi atau lelaki yang mengalami situasi ini disebabkan lubang kencing mereka di pangkal zakar berbanding yang normal di hujung zakar.

“Jika diteliti pakar, kita boleh lihat kelainanny­a. Ia zakar yang tidak lengkap, seolah-olah berada berasingan kerana lubang kencing berada di atas (pangkal),” katanya, semalam.

Untuk rawatan, beliau berkata, pakar perubatan akan melihat tumbesaran anggota kelamin terlebih dahulu dan mereka bentuk semula alat sulit supaya lubang kencing berada di hujung zakar.

Katanya, pembedahan plastik akan dilakukan ke atas pesakit sehingga alat sulit mereka kembali normal seperti lelaki lain.

“Walaupun kos pembedahan tinggi di hospital swasta, namun di hospital kerajaan, ia lebih murah. Tetapi ia masih memerlukan kesedaran awal ibu bapa untuk merawat anak mereka.

“Ibu bapa yang mempunyai anak dalam situasi ini tidak perlu bimbang kerana teknologi rawatan terkini memungkink­an anak mereka sembuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia