Harian Metro

Meluru terjah kedai makan

-

Selama 20 tahun seorang wanita berniaga kedai makan di Telipot, di sini, belum pernah kedainya berhadapan kejadian buruk termasuk diceroboh.

Namun, segalanya berubah semalam apabila sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabas dan merempuh premis itu yang terletak di selekoh, jam 4.45 pagi.

Khalijah Awang, 50, berkata, akibat rempuhan itu, kedai makannya runtuh dan rosak teruk dan dia menganggar kerugian sekitar RM20,000.

“Saya buntu memikirkan bagaimana mahu membaiki kedai ini. Selepas 20 tahun berniaga, tidak pernah berlaku kejadian seperti hari ini (semalam).

“Kedai makan ini sumber

rezeki saya sekeluarga dan kami pun tidak tahu apa yang mahu dilakukan selepas ini,” katanya di sini, semalam.

Dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n seorang anak saudara, Zulaika Zulkifli, 20, yang tinggal di kawasan berdekatan jam 5.10 pagi.

Katanya, ketika itu, dia dan suami Che Hamid Che Nor, 55, masih berada di rumah mereka di Kampung Paya Senang, di sini.

“Sebaik dimaklumka­n kejadian itu, saya dan suami bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat bahagian depan kedai runtuh dan kenderaan itu masih berada di dalamnya.

“Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada jam 9.30 pagi,” katanya yang dimaklumka­n penduduk kampung bahawa pemandu kenderaan itu seorang lelaki dan sudah melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Exora.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dilakukan termasuk menyiasat dakwaan pemandu kenderaan itu melarikan diri dan kenderaan terbabit didakwa kenderaan curi.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kedai makan yang dirempuh Toyota Hilux di Telipot.
KEADAAN kedai makan yang dirempuh Toyota Hilux di Telipot.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia