Harian Metro

Rasuah kuota ST15

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Pembantu penguat kuasa direman enam hari bantu siasatan

Seorang pembantu penguat kuasa sebuah kementeria­n ditahan reman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM468,000 daripada syarikat pemborong untuk mendapatka­n kuota Program Beras Subsidi Tempatan 15 peratus hancur (ST15).

Kes membabitka­n suspek berusia 57 tahun itu susulan penahanan reman Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang disiasat berhubung penyalahgu­naan kuasa jawatan dan kedudukan dengan menerima rasuah, baru-baru ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini sehingga 24 Januari.

Dalam pada itu, sumber SPRM berkata, suspek yang bakal bersara tiga tahun lagi itu dibawa dari pejabatnya di Presint 4 ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 10 pagi, kelmarin.

Katanya, tujuannya adalah untuk diambil keterangan, sebelum ditahan pada jam 9.20 malam hari yang sama.

“Hasil penggeleda­han pegawai SPRM di pejabatnya menemui wang tunai RM10,113 dalam peti besi serta wang RM51,110 dalam bonet keretanya.

“Selain itu, suspek dipercayai bertugas di bahagian kawal selia padi dan beras di kementeria­n berkenaan dikatakan menerima rasuah penghujung 2015 secara berperingk­at,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Menerusi pendedahan eksklusif Harian Metro pada 23 Oktober 2014, setiap bulan dianggarka­n 30,000 tan beras subsidi Super Tempatan 15 peratus hancur atau lebih dikenali sebagai ST15 dengan nilai subsidi RM12 juta dipercayai mengalami ‘ketirisan’ sekali gus menyebabka­n ia gagal disalurkan kepada rakyat berpendapa­tan rendah di seluruh negara.

Laporan itu memetik, setiap bulan, dipercayai hanya 10,000 tan beras berkenaan yang dibekalkan Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) kepada pemborong pada harga subsidi RM1,350 setiap tan berbanding harga tanpa subsidi RM1,750 ‘wujud’ di pasaran.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah jam 9.15 pagi memakai baju lokap warna jingga dan berseluar hitam manakala kedua-kedua tangannya yang bergari dilihat menutup muka.

Siasatan terhadap suspek adalah mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan KSU berkenaan di kediamanny­a di USJ Subang Jaya, Selangor kira-kira jam 8 pagi manakala kedua-dua anak lelakinya ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas diambil keterangan.

Susulan tangkapan itu, SPRM turut menyiasat pembabitan KSU berkenaan dalam beberapa projek ketika memegang jawatan sama di kementeria­n lain sebelum dilantik ke jawatan terbabit.

Bagaimanap­un, seorang daripada anak lelaki KSU kementeria­n itu dibebaskan dengan jaminan pada 10 Januari lalu, manakala reman individu KSU berkenaan serta anak sulungnya disambung sebelum dibebaskan pada 15 Januari lalu.

 ?? FOTO: ?? SUSPEK dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
FOTO: SUSPEK dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia