Harian Metro

Kembar cinta ilmu sejak umur 7 tahun

-

Pekan: Sikap mencintai ilmu sejak berusia tujuh tahun menjadikan pasangan kembar perempuan, Ain Najwa dan Ain Najihah Mohd Rozi mengekalka­n kecemerlan­gan akademik mereka.

Ia terbukti apabila pasangan berusia 19 tahun itu sekali lagi cemerlang dalam keputusan peperiksaa­n Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 apabila memperoleh pangkat Mumtaz Sofi atau cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Lebih manis, kejayaan itu diraih selepas mereka turut memperoleh keputusan cemerlang ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu 5A, Penilaian Menengah Rendah

(PMR) 9A dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A.

Ketika ditemui selepas nama mereka diumumkan sebagai antara pelajar memperoleh pangkat Mumtaz Sofi, Ain Najihah berkata dia dan kakak kembarnya sentiasa membantu antara satu sama lain dalam pelajaran sejak di bangku sekolah rendah.

Dia yang mendapat 10A, minat mendalam terhadap ilmu sejak memasuki tahun satu menjadikan mereka terus belajar bersungguh-sungguh dan saling membantu antara satu sama lain terutama dalam mata pelajaran yang tidak difahami.

“Bila memasuki sekolah berasrama ketika di tingkatan satu, saya dan kakak belajar bersama dan duduk berbincang jika ada subjek yang kami tidak faham.

“Selain beri tumpuan di dalam kelas kami juga akan merujuk guru mengenai

subjek yang kami su- kar fahami,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mereka yang juga pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, di sini, berkata buat masa ini mereka tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memasuki mana-mana universiti di luar negara sebaliknya lebih mengutamak­an universiti awam sebagai pilihan untuk melanjutka­n pengajian.

Sementara itu, bapa mereka Mohd Rozi Ab Hamid, 48, berkata dia tidak meletakkan sebarang tekanan kepada dua anaknya ketika belajar atau menduduki peperiksaa­n.

“Bagi saya bila mereka sudah berusaha dan melakukan yang terbaik, selebihnya adalah bertawakal kepada Allah. Saya tidak beri tekanan bila mereka pulang cuti di rumah, tapi saya perasan mereka dua beradik sangat minat dengan ilmu,” katanya yang berasal dari Kuantan.

Ain Najwa dan Ain Najihah adalah 14 pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar yang memperoleh pangkat Mumtaz Sofi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, seramai 804 calon di Pahang menduduki STAM 2016 berbanding 813 calon pada 2015.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 628 pelajar lulus dengan pangkat Mumtaz atau cemerlang hingga Maqbul atau lulus pada 2016 berbanding 577

pelajar pada 2015. pada 2015,” katanya.

Seramai 8,784 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n STAM pada 2016 berbanding 8,982 calon pada 2015, iaitu berkurang sebanyak 182 calon.

Katanya, calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik) turut meningkat sebanyak 75 calon (0.3 peratus) iaitu 2,004 calon (31.3 peratus) tahun lalu berbanding 1,929 calon (31.0 peratus) pada 2015.

“Bagaimanap­un, calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) dan Maqbul (Lulus) pula, menunjukka­n penurunan iaitu masing-masing sebanyak 58 calon (1.6 peratus) dan 35 calon (0.7 peratus). “Ini bermakna jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM tahun lalu meningkat sebanyak 75 calon, iaitu 4,286 berbanding 4,211 calon pada 2015,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, calon yang tidak layak dianugerah­kan sijil STAM juga meningkat sebanyak 106 calon (0.8 peratus) iaitu 2,108 calon (33 peratus) pada 2016 berbanding 2,002 calon (32.2 peratus) pada tahun 2015.

Dari segi mata pelajaran, katanya, tiga daripada lima mata pelajaran bidang Bahasa Arab mencatatka­n peningkata­n bilangan dan peratusan calon yang memperoleh gred Mumtaz hingga gred Maqbul pada 2016 berbanding 2015.

“Mata pelajaran itu ialah Adab dan Nusus meningkat 259 calon atau 1.4 peratus; Arudh dan Qafiyah meningkat 204 calon atau 0.7 peratus serta Balaghah yang meningkat 291 calon atau 1.9 peratus.

 ??  ?? SERAMAI 14 pelajar cemerlang STAM di Sekolah Raja Perempuan Taayah bergambar bersama
pengetua sekolah mereka. NUR Solehah Mohd Bakri menunjukka­n keputusan STAM yang memperoleh enam Mumtaz di Sekolah Raja Perempuan Taayah
di Ipoh.
SERAMAI 14 pelajar cemerlang STAM di Sekolah Raja Perempuan Taayah bergambar bersama pengetua sekolah mereka. NUR Solehah Mohd Bakri menunjukka­n keputusan STAM yang memperoleh enam Mumtaz di Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh.
 ??  ?? AIN Najihah (kiri) dan Ain Najwa keputusan cemerlang kepada ibu bapa mereka di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan.
AIN Najihah (kiri) dan Ain Najwa keputusan cemerlang kepada ibu bapa mereka di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia