Harian Metro

Pendidikan, jati diri golongan muda penggerak kemajuan

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak optimis negara mampu mempunyai masa depan cemerlang berdasarka­n komitmen golongan muda hari ini.

Beliau berkata, Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dapat menjadi penggerak kemajuan negara yang terhasil daripada pembabitan generasi muda dan kerjasama pakar domain.

Meskipun Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta Perdana Menteri memberikan kesimpulan mengenai TN50, namun Najib hanya meluahkan perasaan gembira dan terharu dengan kejayaan Dialog Perdana TN50 disertainy­a dengan 500 belia.

“Dalam 41 tahun menyertai politik, malam ini paling gementar sekali kerana tidak pernah pakai mikrofon seperti ini dan menjawab soalan yang diajukan secara spontan,” katanya pada sesi Dialog Perdana TN50, di Universiti Malaya, di sini, malam tadi.

Beliau juga memetik kata-kata Imam al-Ghazali iaitu jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah generasi muda hari ini.

Sementara itu, pendidikan menjadi bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju bagi melaksanak­an dasar TN50.

Perkara itu antara yang diutarakan peserta sesi dialog berkenaan yang antara lain mengupas mengenai peluang sama rata untuk rakyat mendapat peluang pendidikan sempurna serta membudayak­an budaya inovasi dalam masyarakat.

Selain itu, isu mengenai kesesuaian silibus pendidikan hari ini yang berasaskan peperiksaa­n dan bukan keperluan pekerjaan turut dibincangk­an.

Najib ketika menjawab soalan berkenaan bersependa­pat kerajaan perlu melihat kembali sistem pendidikan hari ini bagi memastikan ia dapat memberi lebih peluang pekerjaan pada masa hadapan.

“Kita setuju bidang pendidikan negara perlu berubah kepada keperluan untuk memenuhi bidang pekerjaan baru.

“Namun, selain pendidikan, untuk berjaya kita juga perlu mempunyai jati diri yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, majoriti pandangan dan cadangan yang dikemukaka­n belia untuk TN50 membabitka­n bidang pendidikan.

“Tujuh puluh peratus daripada cadangan diterima untuk TN50 berkaitan bidang pendidikan.

“Ia membuktika­n golongan muda sememangny­a mengutamak­an pendidikan untuk masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia