Harian Metro

Ramuan lengkap negara maju

- Mohd Nasif Badruddin dan Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Hala tuju negara berdasarka­n visi baru, Transforma­si Nasional 2050 atau TN50 perlu diterima dengan hati terbuka dan harus dilihat dari sudut yang melangkaui batas agama dan perbezaan fahaman politik serta sosial.

Penganalis­is politik yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) Dr Noor Sulastry Yurni Datuk Ahmad berkata, TN50 adalah dasar nasional untuk semua rakyat terutama golongan muda dalam menentukan hala tuju negara selepas 2020.

Kata Noor Sulastry, sebelum ini negara mempunyai Wawasan 2020 dan akan dicapai dalam tempoh kurang tiga tahun lagi namun persoalann­ya, ke mana hala tuju negara selepas itu?

“Saya berpendapa­t TN50 mempunyai ramuan lengkap untuk membawa negara ke arah negara lebih baik, maju dan berpendapa­tan tinggi.

“Dasar baru ini bukanlah agenda politik mahu pun gula-gula untuk pilihan raya akan datang sebaliknya kesinambun­gan daripada Wawasan 2020,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Noor Sulastry, dasar baru yang mengambil kira pandangan golongan muda itu sepatutnya sudah lama dilaksanak­an berikutan Malaysia antara negara yang memiliki golongan belia paling ramai di rantau ini.

Kata beliau, kajian sebelum ini mendapati Malaysia memiliki lebih 80 peratus golongan muda dan mereka akan menjadi tonggak harapan negara pada masa depan.

Katanya, zaman sudah berubah dan suka atau tidak, perlu mengambil kira pandangan anak muda untuk kepentinga­n negara kerana

„ Hala tuju baru bentuk negara gemilang selepas 2020

kita tidak tahu parti mana yang akan memerintah pada masa hadapan.

“Dari sudut psikologi pula, umur turut memainkan peranan penting dalam aspek perkembang­an biologi dan dalam konteks ini, umur (lebih muda) mampu memberi lebih banyak idea yang segar dan proaktif berbanding golongan berusia.

“Justeru, jika kita membuat acuan lebih awal, ia akan memudahkan hala tuju negara kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) mahu pelajar berubah dengan tidak lagi bersikap fasis atau berdiam diri menjadi penonton, sebaliknya tampil memberi idea membantu membentuk masa depan negara yang lebih gemilang.

Presidenny­a, Zambri Mohd Isa berkata, pelajar perlu mengambil peluang diberikan untuk terbabit sama dalam memberi idea dan pandangan untuk memastikan negara tercinta berada di landasan yang betul.

Kata Zambri, anak muda perlu luahkan pandangan dan jangan simpan idea kerana soal betul atau salah itu perkara kedua.

Katanya, apa yang penting di sini adalah melaksanak­an tanggungja­wab untuk sama-sama memberi pandangan dan idea bagi membentuk hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Kami gembira kerana Perdana Menteri tidak meminggirk­an suara anak muda dan mengambil kira buah fikiran di peringkat akar umbi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia