Harian Metro

HENTIKAN SEGERA!

- Hairulazim Mahmud dan Siti Fatimah Hassan am@hmetro.com.my

„ Perdana Menteri gesa Myanmar iktiraf hak asasi etnik Rohingya

Kuala Lumpur

“Saya tegaskan di sini kepada ‘rakan’ kita di Myanmar, buktikan bahawa nilai anda setara dengan tradisi dan sejarah negara anda seperti yang dilaungkan oleh bapa kemerdekaa­n Jeneral Aung San pada tahun 1946 berkaitan kepentinga­n hak asasi dalam sesebuah negara,” tegas Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan menafikan hak asasi paling asas oleh kerajaan Myanmar ke atas umat Islam Rohingya ketika ini mestilah dihentikan segera.

Kata beliau, ASEAN mempunyai hak untuk membangkit­kan kebimbanga­nnya berikutan krisis kemanusiaa­n di negara itu.

“Deklarasi Hak Asasi ASEAN jelas menyebut bahawa setiap hak kemanusiaa­n itu dilindungi undang-undang, hak jaminan keselamata­n, hak kebebasan beragama, hak untuk tidak dizalimi melampaui batas kemanusiaa­n.

“Tiada siapa boleh menyatakan bahawa semua ini sedang dipertahan­kan di Rakhine, kita mahu Muslim Rohingya hidup aman damai dan sebagai minoriti mereka mematuhi undang-undang Myanmar.

“Jika tidak, kita akan berasa malu dengan apa yang menjadi pendirian komuniti serantau yang mengasaska­n ASEAN 50 tahun lalu,” kata beliau semasa menyampaik­an ucaptama pada Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung OIC Dr Yusuf Ahmad Al-Othaimeen, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Seramai 41 anggota dari 57 anggota OIC hadir termasuk termasuk lapan menteri luar, timbalan menteri luar (12) dan wakil.

Dalam pada itu, Najib mengumumka­n bantuan dana sebanyak RM10 juta untuk membantu usaha kemanusiaa­n dan projek pemulihan sosial di Rakhine, Myanmar.

Beliau berkata, Malaysia sudah sekian lama menjadi antara negara yang terkehadap­an memperjuan­gkan masalah ummah termasuk Rohingya serentak dengan bersama perjuangan rakyat Palestin.

Kata beliau, dana itu akan digunakan untuk membina infrastruk­tur seperti institusi pendidikan, perubatan selain menyumbang kepada pembanguna­n di wilayah itu di samping membaiki kualiti hidup masyarakat Rohingya.

Sementara itu, Najib

 ?? Najib Razak ?? MALAYSIA mahu Myanmar melindungi warganegar­a yang terdiri daripada etnik Rohingya. Kita mahu Muslim Rohingya hidup aman damai dan sebagai minoriti mereka mematuhi undang-undang Myanmar”
Najib Razak MALAYSIA mahu Myanmar melindungi warganegar­a yang terdiri daripada etnik Rohingya. Kita mahu Muslim Rohingya hidup aman damai dan sebagai minoriti mereka mematuhi undang-undang Myanmar”
 ??  ?? NAJIB Razak bergambar selepas menyampaik­an ucaptama pada sesi tergempar, semalam.
NAJIB Razak bergambar selepas menyampaik­an ucaptama pada sesi tergempar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia